Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan anak masing-masing.“Rata-rata ibu bapa bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara saudari saya pun bimbang.
“Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dulu sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin keadaan kembali pulih,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini. Katanya, beliau meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sehingga sekolah dibuka.
“Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 5:10 PM
Hukhuk😭
Akan kedengaran suara yang minta potong gaji cikgu.
Nampak gaya nya seperti tahun 2020 utk pelajar akan di reset semula pada tahun 2021..kalau diteruskan ditengah bulan penat eh nk cover banyak topik
tiba tiba sampai disember diorang masih dalam sesi pembelajaran. peperiksaan ditangguhkan ke tahun depan😂
Guru boleh beri kerja sekolah secara atas talian kpd murid2 mereka. Ini juga jadikan murid2 cekap guna komputer utk cari maklumat dalam internet. Ianya menyediakan murid2 untuk belajar seperti Open University RadziJidin MohdGazaliAbas KemPendidikan
Kputusan bijak .. dpt tgk pmbelajaran anak2 dr dkt..silibus ank2 leh la parent blaja same . .tgk sonang ke x nk ajar ank sndiri😌 mn2 parent y meroyan tu...sila la mninggal🙄 sy bkn guru..tp cikgu pn ada anak..parent balaja same tau🤭
Bulan 11,12 kompem budak2 semua sekolah. Xder cuti. Xpon straight sekolah kecuali ahad je cuti. Nak recover chapter yg tertinggal.
Yes please... anak bukan aku boleh beli kt kedai. Kasihanilah
hotfm976 Batalkan je sesi 2020 ni
Memutuskan rantaian covid19 adalah lebih utama
cuti sekolah hjg tahun nampaknye leh la digantikan dgn sesi persekolahan... recover chapter...
Aku syak budak spm, pt3, upsr 2020 exam tahun depan huhu
boleh claim tak yuran PIBG
Setuju
hotfm976 bagus keputusan yg bijak dan prihatin buat rakyat.. ini lah yg terbaik.. 👍
Seronok la cikgu cuti panjang. Potong gaji cikgu!!! Potong gaji ppd! Potong gaji semuaaaa hangsuang
Demi keselamatan budak2. Dorang tak tahu apa dan takkan faham nak ikut arahan jarak 1meter 2meter ni. Yang dorang tahu hari2 cikgu main bola. Cikgu sudah tidur mari kita main.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »