Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpurSEORANG lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek keempat itu adalah anggota penguat kuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun ini ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 5 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan. "Suspek menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan yang dikutip untuk sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, kemudian suspek akan membahagikan wang kutipan itu kepada tiga lagi rakan suspek yang ditahan sebelum ini," katanya kepada Bernama, hari ini.Terdahulu, Bernama melaporkan SPRM menahan tiga pegawai penguat kuasa MBSA untuk kes sama.

Baru-baru, tular dua klip video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Seorang lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM | The Malaysian InsightIa menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan setakat ini seramai empat individu.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRMSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh. Patut kena ada jabatan SOP supaya kita Tak perlu jalan 10kali kat Majlis document tak cukup itu dan Ini, maka rasuah sudah boleh di bendung….fikir jalan Ini dulu utk selesaikan masalah kenapa dirasuah…..inefficient at counter level.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

SPRM tahan 3 penguatkuasa MBSA, siasat rasuah di Sungai Buloh | The Malaysian InsightMereka ditahan susulan pendedahan rakaman video yang tular hujung minggu lalu, yang turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

After viral gambling den video, MACC nabs three MBSA officers on bribery claimsAn undocumented migrant running a contraband cigarette shop was also arrested.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »

MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegritishahalam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan dan tidak pernah melindungi mana-mana kakitangannya yang tidak berintegriti terutamanya membabitkan rasuah.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Seorang lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM | The Malaysian InsightIa menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan setakat ini seramai empat individu.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »