Semuanya bakal terjawab

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur Laporan bedah siasat terhadap warga Nigeria, Thomas Orhions Erwansiha yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur, akan diketahui esok atau Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia , Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini pihaknya belum pasti hasil laporan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akan dimaklumkan pihaknya atau polis.

Katanya, siasatan JIM mendapati warga Nigeria maut bukan disebabkan dipukul atau sebarang tindakan kekerasan fizikal. “Pihak kami juga sudah mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Tinggi Nigeria termasuk 22 kedutaan negara lain, Jumaat lalu. “Pertemuan ini bukan sahaja menerangkan mengenai situasi kejadian, malah menjadi platform Imigresen menerangkan skop tugasan dan peranan kami kepada pihak berkenaan,” katanya yang ditemui selepas Op Bersepadu di Jalan Silang, hari ini.

Terdahulu, pada 4 Julai lalu, Thomas ditahan dalam Op Bersepadu oleh JIM di Desa Aman Puri, Kepong jam 10.45 malam.Bagaimanapun, pada jam 12.05 tengah malam, Selasa lalu, pegawai bertugas dimaklumkan tahanan lain bahawa subjek tiba-tiba mengalami sawan ketika tidur sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.