Semua pihak perlu elak tindakan provokatif Laut China Selatan - Utusan Digital

Semua pihak perlu elak tindakan provokatif Laut China Selatan

2/12/2021 2:32:00 PM

Perdana Menteri menyatakan pendirian tersebut ketika menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya daripada Jepun, Fumio Kishida hari ini.

Semua pihak perlu elak tindakan provokatif Laut China Selatan

Perdana Menteri menyatakan pendirian tersebut ketika menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya daripada Jepun, Fumio Kishida hari ini.“Saya menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, mengawal tindakan dan menekankan bahawa Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, menerusi panggilan telefon tersebut, Malaysia dan Jepun menyatakan kesediaan untuk sama-sama memperkukuh hubungan dua hala antara yang terjalin sekian lama.Kata beliau, kedua-dua turut membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia.

Read more: Utusan Malaysia »

Firemen rescue one-year-old boy from locked car | TheStarTV.com

Fire and Rescue Department personnel in Sungai Besar, Selangor were called to rescue a one-year-old boy who was accidentally locked in a car on Monday evening (July 4).Read more at https://bit.ly/3NHano8WATCH MORE: https://thestartv.com/c/newsSUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStarLIKE: https://fb.com/TheStarOnline Read more >>

Your Loss untuk semua, bukan 'dia' - YANA | Harian MetroKuala Lumpur: Penyanyi YANA, 21, tidak kisah jika lagu terbarunya Your Loss dianggap berkisar mengenai kisah percintaannya yang kecundang bersama bekas kekasih yang juga penyanyi, Ismail Izzani.

BNM, semua bank di KL beroperasi seperti biasa esok, kata BNM | The Malaysian InsightUrus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.

Dihukum kerja berat 14 tahun, tonton filem Korea Selatan - Utusan DigitalPelajar dikenakan hukuman tersebut selepas menonton filem itu selama lima minit.

Terkejut ada pihak cakap Bahasa Melayu tidak penting - Rais - Utusan DigitalYang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan itu sekali gus menggambarkan Zaid tidak mengambil kisah ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menegakkan semula bahasa Melayu…

Kerjasama Malaysia-Korea Selatan bangunkan negara hab teknologi EV ASEAN - Utusan DigitalMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tujuan itu, satu memorandum perjanjian (MoA) ditandatangani di antara agensi di bawah kementerian iaitu NanoMalaysia Berhad (NMB) dengan enam syarikat automatif dari…

Kadar harga makanan tambahan murid perlu dinaikan - Utusan DigitalKadar harga makanan tambahan murid perlu dinaikan Hidup BN, terus kan naik kan harga barang budak sekolah, supaya budak budak sekolah tak dapat makan..

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan dengan semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan. Perdana Menteri menyatakan pendirian tersebut ketika menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya daripada Jepun, Fumio Kishida hari ini. “Saya menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, mengawal tindakan dan menekankan bahawa Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, menerusi panggilan telefon tersebut, Malaysia dan Jepun menyatakan kesediaan untuk sama-sama memperkukuh hubungan dua hala antara yang terjalin sekian lama. Kata beliau, kedua-dua turut membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia. “Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh negara Matahari Terbit itu. “Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea, ASEAN Outlook on Indo-Pacific dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership. “Kishida dan saya bersetuju untuk mempertingkat rundingan erat bagi memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik,” katanya. Pada bulan lalu, Kishida dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun selepas parti pakatan pimpinannya memenani majoriti undian pilihan raya umum yang diadakan. Parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan pakatannya, Komeito memenangi 293 daripada 465 kerusi di Parlimen. Sebelum ini, pakatan parti tersebut memenangi sebanyak 305 kerusi.