Sembunyi kematian akibat bom ikan, kubur digali semula

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 62 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Mangsa adalah kanak-kanak warga asing yang dipercayai berusia 10 tahun berdasarkan keadaan fizikalnya.

SEMPORNA: Misteri letupan di perairan Pulau Tatagan, dekat sini, Selasa lalu terjawab selepas polis menggali semula kubur mangsa maut dipercayai akibat bom ikan.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd. Farhan Abdullah berkata, maklumat daripada seorang tahanan membawa kepada penemuan sebuah kubur baharu di Tanah Perkuburan Kampung Halo pada Rabu lepas. “Sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Daerah ke lokasi penemuan kubur tersebut. Setelah mendapat perintah mahkamah maka proses menggali semula kubur dibuat di Tanah Perkuburan Kampung Halo oleh pasukan forensik dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah, pasukan siasatan BSJ IPD, Pasukan Gerakan Am dan pasukan perubatan Hospital Semporna.

“Kemudian mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Semporna untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Rabu lalu, polis menerima laporan mengenai kejadian letupan bot pam yang dikatakan berlaku pada pukul 6.08 petang Selasa. Namun, tiada mangsa dan bangkai bot ditemukan.

Mohd. Farhan berkata, pihaknya sedang giat mengesan bapa kandung mangsa yang dikenali dengan nama Astari bagi membantu siasatan. Di samping itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk membuat laporan polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengeboman ikan di daerah ini. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kubur budak dipercayai mangsa bot pam meletup digali semula | Harian Metrosemporna Polis mengesan seorang lelaki dipercayai bapa kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai berpunca kejadian bot pam meletup di kawasan perairan Pulau Tatagan, dekat sini, Rabu lalu. First
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Situasi banjir semakin pulih, mangsa di Johor dan Melaka menurun | The Malaysian InsightSeramai 649 mangs banjir masih berlindu di PPS di Johor dan Melaka petang ini berbanding 720 orang pagi tadi.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

44 mangsa banjir Sibu terpaksa bermalam di PPS lagi | The Malaysian InsightDua mangsa warga emas dimasukkan ke hospital, kata JPA.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Hanya tinggal 309 mangsa banjir, cuaca cerah seluruh Johor - Utusan DigitalDaerah yang masih merekodkan mangsa banjir adalah Muar, Segamat dan Tangkak.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Mangsa banjir serbu kedai barangan elektrik - Utusan DigitalMangsa banjir serbu kedai barangan elektrik
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Mekanik Kluang kini di Banting bantu mangsa banjir baiki motosikal percuma | The Malaysian InsightKumpulan berkenaan menyasarkan 300 buah motosikal untuk dibaiki secara percuma.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »