Ekopelancongan, Taman Negara Kuala Tahan

Ekopelancongan, Taman Negara Kuala Tahan

Sektor pelancongan Taman Negara ‘mati’ - Utusan Digital

Sektor pelancongan Taman Negara ‘mati’

6/5/2021 6:25:00 AM

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sektor pelancongan Taman Negara ‘mati’

Itu antara kata-kata seorang penggiat ekopelancongan, Sabri Abdullah ketika ditemui di Kuala Tahan dekat sini semalam.Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, dia sangat bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menggantung kebenaran rentas negeri melalui konsep gelembung perjalanan hijau kerana ia tidak memberi apa-apa kesan sektor ekopelancongan di Taman Negara.

Penyokong Finland 'bawa pulang' Covid-19 | Harian Metro WHO estimates Covid-19 boosters needed yearly for the most vulnerable Kantoi rentas negeri beli bekalan dadah | Harian Metro

“Gelembung perjalanan ini tidak memberi kesan apa-apa di sini. Ada juga seorang atau dua pengunjung ‘ekspatriat’ singgah di sini sebelum ini malahan kami lebih perit apabila pengunjung domestik tidak ada langsung walaupun pelaksana­an PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan sebelum ini,” katanya.

Sabri yang juga seorang pekerja hospitaliti di Kuala Tahan berkata, ancaman wabak Covid-19 dan penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP menyebabkan sektor ekopelancongan di situ sudah lama ‘mati’.“Dan dalam situasi pandemik yang masih tidak menentu hari ini, kami tidak pasti sampai bila mereka mampu bertahan,’’ katanya sambil menunjukkan semua restoran terapung yang pernah menjadi persinggahan pelawat kini tersadai sejak PKP pertama tahun lalu. headtopics.com

Kelmarin, Menteri Kanan (Kaeselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan membuat keputusan drastik dengan menggantung kebenaran rentas negeri melalui konsep gelembung perjalanan hijau yang mula berkuat kuasa serta-merta.Kata Ismail Sabri, kaedah gelembung pelancongan bersasar itu meliputi kawasan PKPP.

Sementara itu, Pengusaha Inap Delimah Guest House, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, dia juga positif dengan saranan kerajaan menggantung kebenaran rentas negeri berasaskan kebimbangan penularan pandemik Covid-19 ditambah lagi wujud variasi baru Covid-19 sudah mula dikesan di negera ini.

“Apapun konsep penguatkuasaan dibuat oleh kerajaan, kami di sini (pengusaha inap) dan rakan penggiat lain sama-sama menanggung derita akibat ketiadaan pengunjung sejak penularan bermula tahun lalu. Kita reda dengan ujian Allah,” katanya.Abdul Jalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Tahan menambah, kerajaan perlu memberikan penekanan memperkasakan masyarakat berasaskan semakin hebat penularan wabak halimunan itu serta kecuai­an penduduk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu.

Dalam pada itu, Pengerusi Bird Group Taman Negara (BGTN), Roslan Abu Kassim berkata, dia bersetuju apa yang diputuskan oleh kerajaan hari ini walaupun agak ‘perit’ menelan sekali gus bakal menyaksikan sektor ekopelancongan mati di Taman Negara pada masa akan datang. headtopics.com

Sindiket judi dalam talian, remaja bawah umur antara ditahan polis | Harian Metro Penantian penuh harapan | Harian Metro Cavani pacu Uruguay ke suku akhir | Harian Metro

“Kita tidak ada pilihan dalam tempoh ini memandangkan penularan pandemik Covid-19 seperti sudah tidak dapat dikawal lagi sewajarnyalah kerajaan bertindak menerusi penguatkuasaan tertentu. Read more: Utusan Online »

Larger-than-life software mogul John McAfee dies in Spain by suicide, lawyer says

BARCELONA (Reuters) -British-born U.S. technology entrepreneur John McAfee died on Wednesday by suicide in a Barcelona prison after the Spanish high court authorised his extradition to the United States on tax evasion charges, his lawyer told Reuters.

Ooo taman negara dipikulnya

Jualan sektor pembuatan Mac naik 15.3%, tertinggi selepas 44 bulan, kata Jabatan PerangkaanDari segi perbandingan bulan ke bulan pula, ia meningkat 7.2%. FMTNews Pembuatan JabatanPerangkaan

Sektor sukan, rekreasi di kawasan PKP digantung bermula esok - Utusan Digital'Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Liga Bola Sepak Malaysia menggunakan model gelembung sukan boleh berjalan seperti biasa.'

Sektor ekonomi beroperasi seperti biasa di 6 daerah PKP | The Malaysian InsightIsmail Sabri berkata ia tertakluk kepada prosedur operasi standard lebih ketat dan perubahan dalam waktu operasi.

KKM syor sektor pendidikan cuti lebih lama | The Malaysian InsightDr Noor Hisham, bagaimanapun, tidak menyatakan adakah cadangan ini akan merangkumi sekolah dan juga institusi pengajian tinggi.

Sektor ekonomi rekod 177,900 kekosongan jawatan, kata Jabatan PerangkaanAntara perkara menyumbang kepada pemulihan itu ialah kelonggaran beberapa sekatan dikenakan pada peringkat awal PKP mulai Januari selain pelbagai insentif dan pakej rangsangan dilaksanakan kerajaan. FMTNews UzirMahidin