Huluterengganu, 'Lemas', 'Tiga Beradik', 'Kuala Berang'

Huluterengganu, 'Lemas'

'Saya dah hantar 40 jenazah, tapi kali ini saya tak terdaya'

#huluterengganu إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Mohd berkata, dia berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan.

28/5/2020 11:42:00 AM

huluterengganu إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Mohd berkata, dia berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan.

“SEJAK bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian... semangat saya menjadi lemah,” kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Zaid Salim[email protected]"SEJAK bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian... semangat saya menjadi lemah," kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

BAT Malaysia says it’s time to stop the black market Kajian ketum menahan kesakitan Gangguan bekalan air, 420,000 pengguna dijangka terjejas

Mohd berkata, dia berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan.Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

"Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya," katanya.Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.

"Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah," katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.Jenazah tiga beradik itu selamat tiba di pekarangan rumah keluarganya pada 4 petang hari ini.

Jenazah disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung di Marang untuk dikebumikan dalam satu liang lahad berhampiran pusara ibu mereka. Read more: Harian Metro »

berpisah di dunia, bersatu di syurga macamane bolehh lemas tanyajeeeeee Semoga dipermudahkan segala urusan. Mudahan niat dan titik peluh dikira sebagai ibadah yg tinggi disisiNya. Amin.... Innalilahiwainnalilahirojiunnn.. Salam takziah buat En Mohd seisi keluarga. Al-fatihah Salah seorang arwah anak pakcik ni baru hafal 30 juzuk alquran. Masha Allah

Mak ayah yg kehilangan anak lagi perit kesakitannya kalau nak dibandingkan dgn anak2x yg kehilangan mak ayah 🥺 sabarlah saudara, semua ini ujian dr Allah,..sesungguhnya tiada apa milik kita di dunia ini.. dari Allah kita datang pada Allah kita kembali al fatihah.... Innalillahhiwainaillahirajiun.. Tak dinafikan, sungai, laut, teluk, tempat mandi kat terengganu ni lain macam garang dia. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Takziah Al fatihah 🙌 pilu terasa hati yang anak pergi sekali 3 orang, semoga keluarga beliau tabah dan kuat dalam menghadapi musibah ini, semoga yang pergi ditempatkan di sisi Orang-orang yang bertakwa amminn Ya ALLAH 🙌😔😭 Allahuakbar..bersabar la saudara...Allah uji pd hambanya yg mampu...anak2 syurga...amin...

Cubaan 3 penjenayah larikan diri sejauh 40 kilometer gagal | The Malaysian InsightPemandu telah merempuh sekatan jalan raya di hadapan Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng.

Three men detained after 40-minute car chase in TapahIPOH: Three men were arrested after a 40-minute car chase with the police from here to Chenderiang, Tapah.

Kedai runcit didenda RM10,000 jual topeng RM2.40Pemilik premis itu menjual 70 topeng 3 lapisan pada harga RM2.40 setiap satu. FMTNews KedaiRuncit

Dikompaun jual pelitup muka RM2.40kualaterengganu Pemilik sebuah kedai runcit di Kemaman dikompaun RM10,000 selepas didapati menjual pelitup muka dengan harga RM2.40 sekeping. Okay lah...da bnyk untung kannn...

'Delivery' batu nisansegamat 'Khidmat penghantaran biasanya memudahkan urusan orang ramai mendapatkan bekalan makanan namun saya hantar barangan tanda ingatan buat mereka yang sudah tiada (meninggal),' kata penyedia batu nisan dan kepok, Najib Teh, 53.

'Saya dah bersara, tak ada apa nak rindu pun'SELEBRITI terkenal tanah air, Salih Yaacob, 60, mengakui tiada apa yang nak dirindukannya lagi selepas setahun meninggalkan kerjaya seni sepenuhnya