MANILA: Sebuah bangkai kapal pemusnah milik tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua ditemukan pada kedalaman 6,888 meter di dasar laut, sekali gus menjadi bangkai kapal paling dalam pernah ditemukan di dunia.
Kapal itu dipercayai tenggelam ketika bertempur di lautan pada Oktober 1944 selepas dibedil tentera Jepun. Sejak itu, bangkai kapal tersebut tidak pernah ditemukan sehingga seorang bilionair Texas, Victor Vescovo yang memiliki kapal selam laut dalam berusaha melakukan pencarian.“Hampir keseluruhan bangkai kapal itu masih ada,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.Beliau dan pasukannya menemukan sejumlah serpihan sebelum menjumpai keseluruhan badan bangkai kapal berkenaan.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: