MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memaklumkan kepada pemimpin Jerman dan Perancis bahawa Moscow bersedia untuk ‘mencari jalan’ bagi membolehkan stok bijirin yang terkandas di sejumlah pelabuhan di Ukraine dihantar kepada negara pengimport.
Menerusi perbualan telefon bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Olaf Scholz kelmarin, Putin menegaskan kesukaran untuk membekalkan bijirin kepada pasaran dunia adalah disebabkan oleh sekatan yang ‘strategi politik dan kewangan yang ditentukan negara Barat’. “Peningkatan bekalan baja dan produk agrikultur dari Russia juga boleh membantu mengurangkan ketegangan dalam pasaran makanan dunia ketika ini dan sudah tentu memerlukan sekatan yang dikenakan Barat ditarik balik dalam kadar segera,” kata Putin kepada Scholz.
“Russia bersedia untuk menghantar bekalan kira-kira 300 tan bijirin untuk pasaran dunia dari pelabuhan di Odesa di Ukraine.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »