Restoran terselamat ketuhar, tong gas terbakar

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 28 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu disedari pekerja restoran yang melihat kebakaran bersama 20 pekerja

SABAK BERNAM: Sebuah restoran terselamat selepas tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran dekat dapurnya yang melibatkan dua buah ketuhar dan lima tong gas pada bahagian pembuatan makanan sejuk beku, di Sekinchan semalam.Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.14 petang lalu mengerahkan sepasukan sembilan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dalam operasi itu.

“Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan ketuhar bersaiz besar di kawasan makanan sejuk beku dapur restoran berkenaan. “Selain itu, kebakaran melibatkan bahagian adapter gas yang mempunyai lima tong ketika kejadian,” katanya hari ini. Tambah Norazam, kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kurang 10 minit.

“Operasi itu ditamatkan sepenuhnya pukul 7.32 petang dan tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa. Punca sebenar mengenai kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tiga NGO bergabung baiki motosikal mangsa banjirMotosikal terbabit mengalami kerosakan akibat ditenggelami air dalam kejadian banjir bermula pada 18 Disember lalu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

1,005 penternak di 6 negeri rugi akibat Monsun Timur LautKejadian banjir besar melanda seluruh negara akhir tahun lalu mengakibatkan seramai 1,005 penternak menanggung kerugian.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Angkut dua tan daun ketum guna lori simenPemandu dan kelindan lori berusia 28 tahun dicekup selepas polis melihat kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kemelut politik Sabah: Perdana Menteri bertemu ketua parti malam iniSemalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, Perdana Menteri akan berjumpa dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), BN dan Warisan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Anwar adakan rundingan damai dengan parti berbalah di Sabah | The Malaysian InsightPerdana menteri dijangka tiba di Kota Kinabalu pada 8 malam ini dan akan bertemu GRS, Umno/BN dan Warisan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Peniaga ‘bundle’ maut, motosikal bertembung loriSeorang peniaga pakaian terpakai atau ‘bundle’ maut selepas motosikal yang ditungganginya gagal memotong lori sebelum bertembung dengan sebuah lori lain di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »