Remaja `jenazah' dipenjara 10 hari, denda RM4,000 cuba curi tabung masjid - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Tahu apa salah awak? Duit orang bagi (dalam tabung) untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi dan letak dalam bilik jenazah pula. Harap benda ini jadi pengajaran dan kesedaran pada awak.'

SELAYANG: Seorang remaja lelaki yang videonya tular gara-gara dimandikan seperti `jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba mencuri tabung masjid berkenaan.

“Tahu apa salah awak? Duit orang bagi untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi dan letak dalam bilik jenazah pula. Harap benda ini jadi pengajaran dan kesedaran pada awak,” kata majistret itu. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 511 yang mana hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Tertuduh merupakan anak sulung dan ibu bapanya telah bercerai sejak berusia lapan tahun . Dia tinggal dengan datuknya berusia 70-an dan mereka bukan orang senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,” kata peguam itu. Isnin lalu, tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan seorang remaja yang lengkap berpakaian dimandikan seperti `jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.