Top

Top

Rampas RM6.5 juta dadah dalam dua serbuan berasingan - Utusan Digital

Rampas RM6.5 juta dadah dalam dua serbuan berasingan

22/4/2021 7:36:00 AM

Polis percaya jumlah dadah ini boleh digunakan oleh seramai 2,360,050 penagih dadah jika terlepas ke pasaran.

Rampas RM6.5 juta dadah dalam dua serbuan berasingan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, seorang suspek berusia 31 tahun ditahan dalam serbuan pertama iaitu hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap sebuah kereta kira-kira pukul 2 petang, Isnin lalu.

Pejuang invites all parties to sit at same table to discuss Dr M's NOC idea Wan Kuzain sedia sertai Harimau Malaya | Harian Metro 15 jemaah masjid meninggal dunia akibat Covid-19 dalam 2 minggu di Jitra | Harian Metro

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 72 ketulan mampat disyaki dadah jenis ‘heroin base’ seberat 26.9 kg dan 19 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu seberat 20 kg yang dianggarkan bernilai RM3.06 juta di dalam kereta tersebut.

“Susulan serbuan itu, satu lagi serbuan dibuat kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di sebuah rumah yang dipercayai digunakan sebagai stor atau pusat transit di Nibong Tebal.“Dalam serbuan berkenaan, polis merampas sebanyak 92 bungkusan plastik seperti bungkusan teh yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 95.6 kg dianggarkan bernilai RM3.45 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. headtopics.com

Razarudin berkata, pihaknya juga mengambil tindakan di Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988 susulan penyitaan dua buah kereta, dua buah motosikal, seutas jam serta wang tunai berjumlah RM600 dengan nilai sitaan keseluruhan RM65,000.Sementara itu, katanya, suspek yang diuji negatif dalam ujian saringan dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu ditahan reman di bawah seksyen 39B ADB 1952 bermula kelmarin.

“Polis percaya jumlah dadah ini boleh digunakan oleh seramai 2,360,050 penagih dadah jika terlepas ke pasaran,” katanya yang memberitahu, sindiket itu dipercayai aktif sejak bulan lepas.Tambah Razarudin, pihaknya masih menyiasat bagaimana dadah yang dipercayai datang dari negara jiran itu dibawa ke Malaysia sama ada melalui jalan darat, laut atau lain-lain.

Read more: Utusan Online »

Muhyiddin: Over 300 new Covid-19 vaccination centres to open soon

PETALING JAYA: Over 300 new Covid-19 vaccination centres will be opened soon, says Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Polis cekup 6 tokan, rampas RM4.5 juta dadah - Utusan DigitalWalaupun tidak boleh rentas sempadan, aktiviti seludup dadah tetap bolos...

Dibayar gaji RM6,500 sebulan tipu pelaburan saham, judi 'online’ - Utusan DigitalKesemua suspek berusia 26 hingga 32 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Kawal selia industri vape, bukan rampas - Utusan DigitalKawal selia industri vape, bukan rampas

Sarawak kembali rampas takhta Liga Perdana - Utusan DigitalPemain gantian, Abdul Rahim Abdul Razak muncul wira Sarawak apabila meledak gol kemenangan mengalahkan Kelantan United 3-2.

Polis rampas 99 kotak mercun - Utusan DigitalMercun pun berharga waktu sekarang