Rakyatpreneur bantu lebih ramai usahawan, B40 - Utusan Digital

Rakyatpreneur bantu lebih ramai usahawan, B40

5/3/2021 7:49:00 AM

Rakyatpreneur bantu lebih ramai usahawan, B40

Rakyatpreneur bantu lebih ramai usahawan, B40

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun program vaksinasi dijangka dapat membantu pembangunan ekonomi negara, masih terdapat perniagaan yang terjejas dan belum dapat beroperasi sepenuhnya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan di seluruh negara.

Bersatu deputy president: Agong can consider minority govt if nobody has numbers DPM, AG and ministers flock to PM’s residence for meeting Perjumpaan di kediaman PM selesai selepas 4 jam | Harian Metro

Menurutnya, usahawan golongan B40 dan informal yang tidak berdaftar adalah antara yang terkesan dengan situasi pandemik kerana kebanyakan mereka bergantung kepada pendapatan harian selain tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menampung kos perniagaan.

“Oleh itu, pembabitan berterusan pihak swasta seperti yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat dengan memperkenalkan program Rakyatpreneur adalah tepat pada waktunya.“Rakyatpreneur adalah program yang bertujuan menyokong pembangunan perniagaan mikro B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Ini juga selari dengan usaha MEDAC dalam membantu usahawan b40,” katanya ketika melancarkan program Rakyatpreneur Bank Rakyat secara maya semalam. headtopics.com

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan memaklumkan, pihaknya prihatin terhadap golongan terjejas terutama asnaf dan usahawan mikro kerana rantaian masalah pandemik te­lah mengubah landskap ekosistem sosioekonomi masyarakat secara keseluruhan.

Jelasnya, program ini sebagai inisiatif kewangan sosial bank dan diyakini dapat membantu peserta memperoleh dana perniagaan, bim­bingan serta kemahiran baharu untuk menjamin kelangsu­ngan perniagaan sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Seramai 20 peserta terpilih telah menyertai projek rintis Rakyatpreneur yang dilancarkan pada Disember lalu. Mereka terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai pendapatan bulanan purata antara RM1,000 hingga RM3,000. Read more: Utusan Online »

Man who drove in reverse in Sandakan being probed for dangerous driving

KOTA KINABALU: Police are investigating a 44-year-old man after a video of him driving his four-wheel-drive vehicle in reverse through the streets of Sandakan town on Sunday (July 25) went viral.