Pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan diserbu

Pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan diserbu

29/1/2022 12:30:00 PM

Pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan diserbu

Kegiatan sebuah pusat karaoke yang menawarkan gadis Korea Selatan sebagai peneman berhibur, terbongkar selepas premis di Mont Kiara diserbu.

Pusat karaoke berkenaan bukan sahaja dikesan dikunjungi pengunjung biasa tetapi juga menjadi sasaran golongan kenamaan (VIP) dengan menyediakan pakej bilik eksklusif dengan layanan istimewa.Hasil serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pukul 11 malam tadi, sebanyak enam wanita warga Korea Selatan ditahan selepas disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Pengarahnya, Syamsul Badrin Mohshin berkata, selain mereka, sebanyak tiga lelaki terdiri daripada dua warga Korea Selatan dan seorang warga Pakistan turut ditahan ketika serbuan itu.Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, premis itu menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan wanita warga asing berusia antara 24 hingga 46 tahun sebagai pelayan istimewa dari bilik ke bilik pelanggan.

Read more: Utusan Malaysia »

'Amoi' Korea Selatan teman VIP di bilik eksklusif | Harian MetroKualaLumpur: Sebuah pusat karaoke yang menawarkan ‘amoi’ Korea Selatan gebu sebagai peneman berhibur, dikesan bukan saja dikunjungi pengunjung biasa tetapi juga golongan VIP.

Seoul faces conundrum over option of pre-emptive strike on North KoreaNorth Korea’s mounting threats increase necessity of a pre-emptive plan for South Korea.

N Korea confirms latest weapons tests as Kim visits key munitions factoryKim lauds 'leaping progress in producing major weapons'.

Iran into World Cup finals as Japan, South Korea move closer | New Straits TimesNSTsports Iran became the first team from Asia to qualify for the 2022 WorldCup finals on Thursday with a 1-0 victory over Iraq as Japan and SouthKorea moved a step closer to Qatar.

Iran into World Cup final as Japan, South Korea move closer | Malay MailTEHRAN, Jan 28 — Iran became the first team from Asia to qualify for the 2022 World Cup finals on Thursday with a 1-0 victory over Iraq as Japan and South Korea moved a step closer to Qatar. Porto forward Medhi Taremi scored the winner after 48 minutes in Tehran to send his country through to a...

'Amoi' Korea Selatan teman VIP di bilik eksklusif | Harian MetroKualaLumpur: Sebuah pusat karaoke yang menawarkan ‘amoi’ Korea Selatan gebu sebagai peneman berhibur, dikesan bukan saja dikunjungi pengunjung biasa tetapi juga golongan VIP.

PETALING JAYA: Kegiatan sebuah pusat karaoke yang menawarkan gadis Korea Selatan sebagai peneman berhibur, terbongkar selepas premis beroperasi di Mont Kiara dekat sini diserbu pihak berkuasa. Pusat karaoke berkenaan bukan sahaja dikesan dikunjungi pengunjung biasa tetapi juga menjadi sasaran golongan kenamaan (VIP) dengan menyediakan pakej bilik eksklusif dengan layanan istimewa. Hasil serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pukul 11 malam tadi, sebanyak enam wanita warga Korea Selatan ditahan selepas disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO). Pengarahnya, Syamsul Badrin Mohshin berkata, selain mereka, sebanyak tiga lelaki terdiri daripada dua warga Korea Selatan dan seorang warga Pakistan turut ditahan ketika serbuan itu. Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, premis itu menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan wanita warga asing berusia antara 24 hingga 46 tahun sebagai pelayan istimewa dari bilik ke bilik pelanggan. “Mereka memperoleh bayaran sebanyak RM500 bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan selain menerima tip daripada pelanggan. “Bayaran bagi setiap bilik pula mencecah sehingga RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini. Justeru itu, kata beliau, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas ekspatriat. Dalam serbuan berasingan, Syamsul Badrin berkata, JIM Kuala Lumpur menyerbu tiga pusat urut dan refleksologi di Pandan Indah, Ampang di sini. Menurutnya, seramai 23 individu diperiksa dan tujuh daripadanya ditahan membabitkan enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Vietnam. “Bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam,” jelasnya. Katanya, kesemua suspek dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan mengikut Akta Imigresen 1959 dan 1963. – UTUSAN