Proton lancar Galeri Inspirasi - Utusan Digital

Proton lancar Galeri Inspirasi

28/11/2021 2:17:00 PM

Galeri yang terletak di kompleks Centre of Excellence itu akan dibuka kepada orang awam setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Proton lancar Galeri Inspirasi

Galeri yang terletak di kompleks Centre of Excellence itu akan dibuka kepada orang awam setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.Terbahagi kepada beberapa zon, Galeri Inspirasi mempamerkan sejarah Proton, keterlibatan mereka yang berkait secara langsung dengan industri automotif Malaysia, rangkaian domestik dan antarabangsa, serta teknologi masa kini dan masa hadapan yang dipersembahkan secara tersusun dan mengguna pakai teknologi seperti virtual reality (VR) dan augmented reality (AR) untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Ia turut menampilkan outlet Kafe Proton yang pertama dan koleksi model kereta bersejarah Proton untuk tatapan peminat dan kebanyakan pelawat.Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya telah banyak mencapai kejayaan serta memperkenalkan pelbagai inovasi saban tahun maka perjalanan tersebut dengan bangganya dipamer dan dikongsikan di Galeri Inspirasi tersebut.

Ujarnya, dalam masa sama, produk Proton telah berkembang dengan pantas beberapa tahun kebelakangan ini dan kesempatan ini diambil untuk menunjukkan kepada pembeli apa yang akan ditawarkan pada masa hadapan dan apa yang mereka boleh jangkakan dari Proton. headtopics.com

Britain says there’s ‘a deal to be done’ on N. Ireland protocol | Malay Mail

“Kami telah membuat pelaburan bagi Galeri Inspirasi dan penambahan informasi akan dilakukan seiring dengan perjalanan Proton dengan kemasukan model baharu.“Ia dinamakan Galeri Inspirasi kerana kami berharap pelawat akan mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan kami seterusnya memberikan semangat untuk perjalanan diri mereka tidak mengira apa bidang yang diceburi.

“Sudah tentu, ia juga berkait dengan slogan kami iaitu Inspiring Connections dan membantu dalam menguatkan penceritaan jenama dan penyampaian mesej kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Read more: Utusan Malaysia »

Malaysians pray for Dr Mahathir's recovery, PM arrives at IJN [NSTTV] | New Straits Times

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob arrived at the National Heart Institute (IJN) at 5.30pm in a white Toyota Vellfire accompanied by a motorcade. Read more >>

Utusan Malaysia, Kosmo raih sembilan anugerah media Terengganu - Utusan DigitalEnam petugas Media Mulia Sdn. Bhd. meraih sembilan anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu yang dianjurkan kerajaan negeri, malam tadi.

Individu muat naik gambar, dakwa polis gagal lerai pergaduhan telah dikenal pasti - Utusan DigitalKetua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Masjid lumpur era Umayyah ditemukan di Iraq - Utusan DigitalMasjid itu ditemukan di Al-Rifai, wilayah Dhi Qar

(LIPATAN SEJARAH) Deklarasi rantau damai, bebas dan berkecuali ASEAN - Utusan DigitalDapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: infocentermediamulia.com.my

Tak ikhlas: buka luas ruang politik - Utusan DigitalTak ikhlas: buka luas ruang politik

Masanya gergasi bangkit! - Utusan Digital“Harus yakin dan kerja lebih keras untuk menang Piala Malaysia.' - FANDI AHMAD