PETALING JAYA : Langkah kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi mempercepat proses vaksinasi membuahkan hasil apabila menyaksikan penurunan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bagi semua kumpulan umur.
“Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori tiga hingga lima apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa telah melebihi 40 peratus. “Saya amat berharap agar trend penurunan ini akan berterusan dan dapat mengurangkan beban kes Covid-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi . Walau bagaimanapun, kapasiti pesakit di ICU masih lagi penuh memandangkan rawatan pesakit di ICU adalah jauh lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa,” jelas beliau.
“Semua pencapaian ini tidak mungkin dapat kita lihat pada hari ini tanpa perancangan yang rapi dan pelaksanaan strategi kukuh oleh kerajaan dan kerjasama serta sokongan yang sangat baik daripada rakyat. Saya pernah nyatakan dahulu dan akan katakan sekali lagi, rakyat Malaysia anda semua adalah insan hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »