Pramugara 50 tahun bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat

Pramugara 50 tahun bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat

18/1/2022 12:31:00 PM

Tertuduh bagaimanapun menafikan dia menyentuh mahupun menepuk punggung mangsa

Pramugara 50 tahun bersalah cabul kehormatan pramugari dalam pesawat

Lapor berita.mediacorp, lelaki berusia 50 tahun itu didapati bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan seorang pramugari berusia 27 tahun.Lelaki itu didakwa menepuk punggung mangsa pada 3 Mei 2019 semasa berjalan melepasi mangsa di dalam pesawat. Mangsa membongkok sedikit kerana sedang melayani seorang penumpang ketika itu.

Butiran mengenai nama syarikat penerbangan dan pihak-pihak yang terlibat disunting daripada dokumen mahkamah dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.Tertuduh bagaimanapun menafikan dia menyentuh mahupun menepuk punggung mangsa.

Read more: Utusan Malaysia »

Firemen rescue one-year-old boy from locked car | TheStarTV.com

Fire and Rescue Department personnel in Sungai Besar, Selangor were called to rescue a one-year-old boy who was accidentally locked in a car on Monday evening (July 4).Read more at https://bit.ly/3NHano8WATCH MORE: https://thestartv.com/c/newsSUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStarLIKE: https://fb.com/TheStarOnline Read more >>

Serena tercicir kelompok 50 teratas ranking dunia | Harian MetroParis: Serena Williams terkeluar dari kelompok 50 teratas ranking dunia buat pertama kali sejak 2006, sensasi tenis Amerika Syarikat itu menduduki tempat ke-59 dalam ranking yang dikeluarkan WTA, hari ini.

Classic rock albums turning 50 | Malay MailLOS ANGELES, Jan 18 ― There must have been something in the water in 1972 ― there almost certainly was for these guys. It was a year that spawned several instant Americana classics ― and one that was seemingly beamed down from outer space ― that came to define rock music and set the...

Lelaki miliki 16 rekod jenayah ditahan kerana menyamun | The Malaysian InsightSuspek warga tempatan berusia 32 tahun mencederakan pergelangan tangan kiri wanita berusia 50 tahun di Petaling Jaya.

Lelaki diberkas ketika samun kedai emasSuspek turut bertindak menumbuk seorang pengurus kedai wanita berusia 34 tahun dalam cubaannya merompak kedai itu.

Serena tercicir kelompok 50 teratas ranking dunia | Harian MetroParis: Serena Williams terkeluar dari kelompok 50 teratas ranking dunia buat pertama kali sejak 2006, sensasi tenis Amerika Syarikat itu menduduki tempat ke-59 dalam ranking yang dikeluarkan WTA, hari ini.

SINGAPURA: Seorang pramugara didapati bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerjanya semasa melakukan penerbangan dari Singapura ke Filipina pada 2019. Lapor berita.mediacorp, lelaki berusia 50 tahun itu didapati bersalah atas satu tuduhan mencabul kehormatan seorang pramugari berusia 27 tahun. Lelaki itu didakwa menepuk punggung mangsa pada 3 Mei 2019 semasa berjalan melepasi mangsa di dalam pesawat. Mangsa membongkok sedikit kerana sedang melayani seorang penumpang ketika itu. Butiran mengenai nama syarikat penerbangan dan pihak-pihak yang terlibat disunting daripada dokumen mahkamah dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah. Tertuduh bagaimanapun menafikan dia menyentuh mahupun menepuk punggung mangsa. Tertuduh sebaliknya mendakwa dia setakat ‘menepuk’ pangkal paha kanan mangsa apabila dia ternampak mangsa sedang bersandar pada tempat duduk. Dia menyifatkan postur mangsa sebagai ‘menjolok mata’ dan bertegas dia menyentuh mangsa setakat untuk membetulkan posturnya. Mangsa memaklumkan insiden tersebut kepada ketua pramugara. Selepas pesawat mendarat dan ketika anak kapal sedang bersiap untuk penerbangan balik, tertuduh menghampiri mangsa lalu meminta maaf. Menurut mangsa, tertuduh memberitahunya dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’ tetapi mangsa bertanya apakah niat sebenar tertuduh di sebalik perbuatannya itu. Tertuduh sebaliknya berulang kali menegaskan dia ‘tidak berniat untuk berbuat demikian’. Semasa pesawat mendarat di Filipina, mangsa menghantar mesej kepada ketuanya untuk menceritakan kejadian tersebut. Mangsa menegaskan ‘perbuatan tertuduh memang disengajakan dan bukan raba-raba atau sentuhan yang tidak disengajakan’. Mangsa membuat laporan polis selepas pesawat mendarat di Singapura.