pada Mac tahun lalu. Cayenne pemasangan tempatan dilancarkan pada November 2021 pada harga RM550,000, termasuk duti dan cukai tetapi tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Ditawarkan dengan versi asas, Cayenne CKD ini adalah lebih murah sebanyak RM115,000 berbanding model CBU, dan harga yang dinyatakan adalah berdasarkan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan CKD pada waktu itu. Menurut laman web Porsche Malaysia, harga runcitnya telah dinaikkan menjadi RM575,000 mulai 1 Julai 2022.
Di bawah bonetnya, Cayenne diberikan enjin 3.0 liter pengecas turbo V6 petrol yang mampu menghamburkan kuasa 340 PS (335 hp) pada 5,300 rpm hingga 6,400 rpm dan tork 450 Nm pada 1,340 hingga 5,300 rpm. Penjana kuasa ini turut dipadankan dengan transmisi automatik Tiptronic lapan-kelajuan dan pacuan semua-roda aktif, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat dan kelajuan maksimum cecah 245 km/j.
Ciri standard yang diberikan termasuklah lampu utama LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), lampu belakang LED, kawalan suhu empat-zon, Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sesentuh 12-inci, perkhidmatan Porsche Connect dan kesepaduan Apple CarPlay, Porsche Advanced Cockpit, roda stereng sport, pedal penukar gear, konsol tengah dilengkapi Direct Touch Control dan Comfort Access.
Versi CKD juga menerima lebih banyak kelengkapan berbanding CBU, termasuk roda rekaan RS Spyder 21-inci, sistem bunyi sekeliling Bose, tempat duduk larasan kuasa 14-hala dengan fungsi memori,dengan pandangan sekeliling, belakang dan hadapan.
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »