Polis jalankan rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk berpindah

'Polis dari sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,'

18/1/2022 12:27:00 PM

'Polis dari sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,'

'Polis dari sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,'

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penduduk yang diarahkan berpindah untuk sementara tidak perlu bimbang dengan keselamatan kediaman masing-masing.“Pihak polis sama ada dari anggota sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,” katanya menerusi Facebook PDRM Pulau Pinang di sini semalam.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily menjalankan tinjauan lokasi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung itu.Kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lalu belum berjaya dipadamkan.

Read more: Utusan Malaysia »

23 anggota, pegawai polis Pahang dibuang kerja, kata ketua polis negeri | The Malaysian InsightSepanjang dua tahun kesemua mereka dibuang kerana terlibat kes rasuah, jenayah dan salah guna dadah, kata Ramli.

Polis panggil pengarang buku ‘Lim Kit Siang: Malaysian First’ susulan pelanggaran SOP | The Malaysian InsightPolis panggil pengarang buku ‘Lim Kit Siang: Malaysian First’ susulan pelanggaran SOP

Kes kematian OKT di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa disiasat | Harian MetroKuala Lumpur: Polis menjalankan siasatan terhadap kes kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Polis siasat satu lagi kes kematian dalam lokap | The Malaysian InsightKes kedua berlaku dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Polis Itali bantah diberi pelitup muka berwarna merah jambuWarna pelitup muka itu boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan

Polis rampas mercun RM350,000 disimpan dalam kedai telefon bimbitPolis menemukan 250 kotak berisi 16 jenis mercun yang disimpan di dalam stor kedai.

GEORGETOWN: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) Daerah Seberang Perai Selatan akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah susulan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal dekat sini. Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penduduk yang diarahkan berpindah untuk sementara tidak perlu bimbang dengan keselamatan kediaman masing-masing. “Pihak polis sama ada dari anggota sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,” katanya menerusi Facebook PDRM Pulau Pinang di sini semalam. Terdahulu, Mohd. Shuhaily menjalankan tinjauan lokasi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung itu. Kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lalu belum berjaya dipadamkan. Kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar. Kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira pukul 9 malam Khamis lalu, manakala kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini. Menurut Mohd. Shuhaily, orang ramai terutama penduduk berdekatan dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka dengan sengaja. “Ini kerana jika perbuatan ini dikesan oleh pihak berkuasa, mereka boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku tersebut,” katanya. – UTUSAN