MOSCOW: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan lawatan yang tidak dirancang ke Kyiv pada Jumaat lalu adalah demi menzahirkan sokongan London terhadap Ukraine di saat negara-negara lain mula berasa ‘lesu dan bosan’ dengan isu tersebut, lapor Sputnik.“Kami bimbang masyarakat dunia sudah mula lesu dan bosan akan krisis yang melanda Ukraine,” kata Johnson dipetik sebagai berkata dalam siaran televisyen Sky News.
Perdana Menteri Britain itu berkunjung ke Kyiv dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bagi rundingan bantuan ketenteraan. Sehari sebelum itu, pemimpin Jerman, Perancis dan Itali turut melawat Ukraine dan bertemu dengan Zelensky. Ramai berpendapat kunjungan itu sebagai usaha meyakinkan Kyiv untuk mengadakan rundingan damai dengan Moscow bagi menamatkan peperangan yang berlaku.
Dalam pertemuan yang berlangsung, ketiga-tiga pemimpin Eropah mengesahkan bahawa Ukraine diberikan status calon rasmi untuk menganggotai Kesatuan Eropah , dan Suruhanjaya Eropah turut menyatakan sokongan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »