Piagam diperincikan, bentuk kerjasama politik

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Bentuk kerjasama politik tersebut akan diumumkan apabila piagam berkenaan dan perjanjian persefahaman telah diperincikan. utusanonline HimpunanPenyatuanUmmah

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apabila piagam berkenaan dan perjanjian persefahaman telah diperincikan, bentuk kerjasama politik tersebut akan diumumkan oleh kepemimpinan kedua-dua parti.

"Jawatankuasa perunding dan dan jawatankuasa teknikal akan memperhalusi bukan hanya piagam tetapi perjanjian persefahamn untuk memperincikan piagam berkenaan. "Insya-Allah kepemimpinan kedua-dua parti apabila tiba masanya kelak akan umumkan sesuatu bentuk yang kemudiannya dirasmikan sebagai sebuah harakah politik," katanya dalam sidang akhbar selepas program Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu menyedari bahawa politik adalah bersifat fleksibel dengan mengambil kira setiap perkembangan dan perubahan cuma penyatuan di antara kedua-dua parti ini akan membawa kepada UMNO dan Pas tidak akan bertanding antara satu sama lain dalam satu-satu kawasan.

"Kita bersama dalam pilihan raya bagaimana secara objektifnya kita melihat apabila pilihan raya diumumkan, setakat ini belum diumumkan pilihan raya. Masih terlalu awal, kalau orang Islam kita baru baca al-Fatihah belum ayat kursi lagi," katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Selepas piagam, Umno-PAS jangan main sentimen sahaja, kata PemudaUmno dan PAS perlu mengisi kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar itu dengan hal ekonomi dan masa depan anak muda. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Piagam Umno-PAS tawar kerjasama baharu untuk Malaysia | The Malaysian InsightPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata piagam dua parti terbesar itu untuk menyelesaikan ketidakstabilan dicetuskan Pakatan Harapan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

29 sekolah di Klang, Kuala Langat ditutupklang Dua puluh sembilan sekolah di Klang dan Kuala Langat ditutup esok kerana jerebu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Himpunan Ummah bukan untuk 'survival' politik, tapi ikhlas satukan umat, kata Wanita Umno, PASHimpunan anjuran Umno dan PAS dijadualkan berakhir esok dengan perisytiharan dokumen Piagam Muafakat Nasional yang mengesahkan kerjasama politik 2 parti orang Melayu itu. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Permulaan ‘tsunami’ ummahKUALA LUMPUR 14 Sept. - Majlis menandatangani piagam kerjasama UMNO dan Pas yang berlangsung hari ini adalah isyarat awal tsunami perpaduan yang bakal mengubah landskap politik negara.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Hadi tolak dakwaan kerjasama PAS-Umno perkauman, jamin bela semua kaumMenurut Hadi Piagam Muafakat Nasional juga bertujuan menghalang campur tangan asing dalam politik negara. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »