İpoh, 'Malaysia', 'Perak', 'İpoh', 'Agih', 'Mb Perak', 'Peruntukan Adun', 'Belanjawan 2021'

İpoh, 'Malaysia'

Peruntukan RM200,000 diagih ikut tatacara kewangan negeri

Ipoh: Agihan peruntukan RM200,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diumumkan pada Belanjawan Perak baru-baru ini akan dilaksanakan mengikut tatacara dikeluarkan Pegawai Kewangan negeri.

18/12/2020 11:37:00 AM

ipoh Agihan peruntukan RM200,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diumumkan pada Belanjawan Perak baru-baru ini akan dilaksanakan mengikut tatacara dikeluarkan Pegawai Kewangan negeri.

Ipoh: Agihan peruntukan RM200,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diumumkan pada Belanjawan Perak baru-baru ini akan dilaksanakan mengikut tatacara dikeluarkan Pegawai Kewangan negeri.

"Kategori pertama, wang akan dimasukkan ke dalam akaun pusat khidmat masing-masing dan wakil rakyat hendaklah membelanjakannya mengikut tatacara dikeluarkan oleh pengurusan kewangan."Itu undang-undang dan tanggungjawab yang perlu dibuat bagi membuktikan wang itu dibelanjakan dengan cara yang betul oleh wakil rakyat," katanya pada sidang media selepas sesi penggulungan belanjawan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Saarani berkata, satu lagi cara ialah wang disimpan di Unit Perancang Ekonomi (UPEN) untuk permohonan bagi pembangunan."Contohnya, seorang YB hendak membaiki kolah surau RM20,000, jadi dia kena memaklumkan secara bertulis kepada UPEN bahawa dia memohon untuk kelulusan peruntukan itu.

"Jadi UPEN akan meluluskannya dan menghantar waran kepada pejabat daerah yang akan menguruskan projek berkenaan," katanya.Justeru, beliau berharap peruntukan sebanyak RM200,000 itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin di bawah kawasan masing-masing dan rakyat mendapat manfaat daripadanya. headtopics.com

Dalam perkembangan lain, Saarani turut mengulas cadangan Adun Pinji, Howard Lee Chuan How ketika sesi pembentangan belanjawan semalam berhubung cadangan menubuhkan jawatankuasa pelantikan bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Itu kena melihat enakmen kepada setiap GLC kerana setiap agensi mempunyai enakmen berbeza dan perlu dipatuhi. Biasanya ada enakmen membuat ketetapan bagaimana cara untuk melantik," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan kerajaan Perak mengumumkan peruntukan RM200,000 kepada semua 59 Adun dengan membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.8 juta.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 4:25 PM Read more: Harian Metro »

Covid-19: 941 new cases, below 1,000 for the first time since Dec 9, 2020

PETALING JAYA: Malaysia recorded 941 Covid-19 cases on Monday (March 29), bringing the cumulative total to 342,885.