Perhimpunan Pemuda Amanah: Polis hanya lakukan pemeriksaan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 62 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Polis ingin memaklumkan bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa dan penganjur gagal hantar notis.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan susulan perhimpunan membabitkan Pemuda Amanah Nasional di Dewan Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu dekat sini, malam tadi.

Dianggarkan sebanyak 12 orang aktivis dikenal pasti hadir di restoran berkenaan dengan motif untuk mengajak masyarakat terlibat dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijangka berlangsung pagi ini. Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, walau bagaimanapun, hanya pemeriksaan butiran diri pengunjung yang hadir dalam perhimpunan tersebut dilakukan.Kata beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan pemberitahuan perhimpunan.

“Pihak polis ingin memaklumkan bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa dan pihak penganjur gagal menghantar notis pemberitahuan untuk mengadakan program perhimpunan ini kepada pihak Polis. “Orang awam dilarang menyertai mana-mana perhimpunan tanpa permit yang sah daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.“Justeru itu, maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Patutnya polis mudahkan, bukan sekat protes Azam Baki, kata Kit Siang | The Malaysian InsightTindakan polis hanya akan menjadikan Malaysia menjadi bahan ketawa dunia, katanya. They send assets and men faster for this one man than for flood victims. What kind of gomen is this? Idiotic gomen, don't u agree?
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Protes Azam Baki: Polis lencong 5 jalan, tutup stesen LRT Bangsar | The Malaysian InsightLencongan sebagai persediaan perhimpunan TangkapAzamBaki hari ini. Mantop Semua ni semata-mata sebab dia tahu semua rahsia gelap dan kesalahan rasuah menteri, ketua pengarah, ketua jabatan, polis, kerabat diraja dan ahli-ahli politik kerajaan. TangkapAzamBaki
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Aktivis Adam Adli dipanggil polis isu Azam Baki | The Malaysian InsightIa membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan portal pada 14 Januari berkaitan penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Polis selamat lelaki diculik sebab hutangMangsa yang berusia 43 tahun berjaya diselamatkan namun bengkak di bahagian muka dipercayai akibat dipukul.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Hak Adun Perak untuk buat ujian air kencing kedua, kata polis | The Malaysian InsightBagaimanapun polis berkata pihaknya tidak boleh menguna pakai keputusan tersebut.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Lebih 1,200 sijil vaksin disekat di MySejahtera, kata polis | The Malaysian InsightIa melibatkan siasatan ke atas lebih 1,900 individu yang disyaki dapat sijil vaksin palsu di sebuah klinik di Marang.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »