Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan membabitkan motosikal, kereta dan lori berlaku di Kilometer 23, Jalan Seremban-Tampin, dekat Chembong, kira-kira jam 8.30 malam.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 30-an cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi gagal lalu merempuh motosikal dari arah bertentangan."Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan putus kaki kanan. "Pemandu lori berusia 50 tahun dan pemandu Honda Accord serta penumpang lelaki tidak mengalami kecederaan," katanya hari ini.
Menurutnya, polis masih dalam usaha mengesan pemandu Honda Accord yang meninggalkan lokasi kemalangan selepas berlaku perbalahan antara penumpang kereta dengan orang ramai yang menyaksikan kejadian.Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan berkata, mangsa dibawa ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima rawatan.
Semoga dipermudahkan segala urusan penunggang motorsikal dan keluarganya.
Ni yg dapat gambar kaki smlm ni...
innalillahi wa inna ilayhi raji'un
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »