Peniaga didakwa ugut bunuh ibu

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

AyerKeroh Peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya, Khamis lalu.

Tertuduh, Muhammad Shaifulzaini Pazeli, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Noor Jahan Beevi Abdul Jabar, 48, untuk mendatangkan ketakutan dengan cara mengeluarkan kata-kata mahu membunuh mangsa di sebuah rumah di Taman Tun Rahah, Ayer Keroh, pada 7.30 malam, 25 Jun lalu. Pendakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan jika ugutannya menyebabkan kematian atau cedera parah boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dikurangkan atas alasan dia perlu menanggung anak dan isteri. Majistret Muhammad Nazrin membenarkan Muhammad Shaifulzaini diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu dia tidak boleh mengacau ganggu ibunya.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 1:51 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

'Saya ibu kandung dia, saya bukan ibu ayam...'kualalumpur Terluka hati seorang ibu apabila menerima kiriman WhatsApp bertalu-talu daripada individu tidak dikenali yang ingin melanggan anaknya selepas video intim bersama bekas teman lelaki disebarkan sejak dua bulan lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Suami isteri didakwa terlibat dalam kes rasuah | The Malaysian InsightPasangan berkenaan didakwa secara berasingan atas tuduhan rasuah berkaitan pembocoran maklumat tender.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 secara ‘one-off’Ibu tunggal yang layak akan menerima bantuan secara ‘one-off’ bermula Julai hingga November 2020. FMTNews FMTOhsem Penjana BKIT
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Lelaki dikehendaki berhubung kes bunuh Datuk Seri ditahan | The Malaysian InsightSuspek ditahan di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru malam tadi.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Empat 'jutawan' Covid-19KUALA LUMPUR: Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa ‘mengikat perut’, malah ada antara mereka gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Tempahan palsu, tipu duitparitbuntar Empat laporan polis dibuat peniaga makanan termasuk pengurusan sebuah hotel di Parit Buntar apabila diperdaya seorang lelaki yang menggunakan nama hotel berkenaan pada 23 dan 24 Jun lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »