Penggunaan jeriji kekal berisiko tinggi ketika kecemasan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 29 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Perak, Syed Azman Syed Ghazali berkata, kebanyakan pemilik memasang jeriji besi kekal yang berisiko tinggi kepada penghuni sekiranya berlaku kecemasan.

IPOH: Kurang 50 peratus pemilik rumah dan bangunan kediaman di negeri ini memasang jeriji mengikut spesifikasi aspek keselamatan seperti disarankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia .

“Kita faham pemasangan jeriji ini bagi aspek keselamatan harta benda untuk mengelakkan kecurian atau rumah diceroboh masuk namun ia juga mestilah mudah dibuka jika berlaku kecemasan,” katanya. Menurut beliau, kos pemasangan yang rendah menyebabkan orang ramai memilih memasang jeriji besi kekal pada tingkap dan pintu kediaman masing-masing.

“Apa salahnya kita peruntukkan sedikit wang untuk memasang jeriji yang lebih selamat, bukan untuk keseluruhan rumah tetapi sekurang-kurangnya ada satu atau dua jeriji yang boleh buka. Itu sudah cukup memadai,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.