March 17, 2021 8:15 PM
Majistret M Bharath menjatuhkan hukuman itu terhadap Azrul Ezulhisham Bistamam selaku Orang Kena Saman mewakili Syarikat My Own Brand Sdn Bhd selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, OKS didakwa memiliki dua jenis produk kecantikan iaitu “Renew 27 Cosmetics Cleanser” dan “Renew 27 Cosmetics Day Cream” tanpa notifikasi KKM mengikut Peraturan 18A Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta boleh dihukum menurut Peraturan 18A yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM25,000 dan boleh didenda hingga RM50,000 bagi kesalahan seterusnya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.