Penganggur direman selepas bunuh bapa saudara - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang warga emas berusia 72 tahun maut ditikam anak saudaranya di bahagian badan, muka dan kepala selepas berlaku perselisihan faham antara kedua mereka.

TANGKAK: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tahanan reman tujuh hari ke atas seorang penganggur selepas dipercayai membunuh bapa saudaranya di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Menurut Mohd. Fadhil, polis yang menerima laporan kejadian pada pukul 1.19 tengah hari menahan suspek selain merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang tinggal serumah sejak kecil telah bertengkar ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.Bagaimanapun suspek berang dan berlaku perselisihan faham antara kedua mereka sebelum pemuda itu kemudian bertindak agresif menikam warga emas berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Berang ditegur, bekas banduan bunuh bapa saudara - Utusan DigitalMangsa berusia 72 tahun maut ditikam di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka dan kepala menggunakan sebilah pisau.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Islam tegah bunuh diri - Utusan DigitalIslam tegah bunuh diri Semakin lama semakin banyak mental dan bunuh diri kerana kerajaan gagal Mengatur negara dan rakyat,
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lagi kes bunuh diri dilaporkan - Utusan DigitalMangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan maut kira-kira pukul 10 pagi tadi. ISTANANEGARA_
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

'Guan Eng datang rumah awal pagi' - Utusan Digital'Guan Eng datang rumah awal pagi'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kibaran bendera putih kegagalan wakil rakyat? - Utusan DigitalKibaran bendera putih kegagalan wakil rakyat?
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Benarkan industri logam, barang lusuh beroperasi - Utusan DigitalBenarkan industri logam, barang lusuh beroperasi
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »