Penduduk Thailand dibenarkan tanam ganja di rumah, hari ini

9/6/2022 6:52:00 AM

BANGKOK: Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah.

Penanaman ganja dibenarkan hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan, bukan bagi tujuan rekreasi.

BANGKOK: Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Jeneral Roy Ingkapairote berkata, polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah.Namun jika mereka menghisapnya di kawasan awam dan menyebabkan gangguan awam, mereka boleh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perkembangan terbaharu undang-undang di negara ini yang diterbitkan dalam Warta Diraja, ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik terlarang.Ini bermakna pengeluaran, import, eksport, pengedaran, penggunaan dan pemilikan ganja adalah dibenarkan.

Read more:
Utusan Malaysia »

Top In Tech Innovation Awards |

Read more >>

Mudah disalahguna juga kerana banyak dugaan dan sukar pihak berkuasa memantau semuanya 😀🤑😬