KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh apabila pembangkang bersepakat supaya Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tidak dibahas dalam persidangan hari ini, atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Beliau merujuk Perkara 107 (1), Perlembagaan Persekutuan berkenaan LKAN bahawa laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan dibentang di Dewan Rakyat. “Oleh itu, kami memohon supaya satu arahan untuk menyatakan apakah asas LKAN dibentang kerana kami jangka kerajaan akan jawab tiada peruntukan LKAN boleh dibahas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pembangkang terkhilaf memahami urusan mesyuarat kerana meskipun hanya ada dua RUU dibentang ketika itu, mengikut rancangan ia sepatutnya berjalan dengan perbahasan beberapa laporan antaranya daripada LKAN dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Orang awam pun tidak tahu apa yang berlaku dalam Suhakam. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara. Jadi, sebab itu arahan saya ialah letak sahaja satu hari ada satu atau dua rang undang-undang sebab mahu beri ruang dan masa untuk ahli Parlimen bincang laporan yang disedia oleh pegawai,” kata Johari.
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »