kualalumpur Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif virus itu.
Kuala Lumpur: Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif virus itu.
"Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan."Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain," menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.Tular di media sosial sejak semalam mengena pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0vid-19 ke sebuah hospital di Perak.
Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. headtopics.com
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 3:11 PM Read more: Harian Metro »
Gorillas at U.S. San Diego zoo test positive for COVID-19
LOS ANGELES, Jan. 11 (Xinhua) -- Several gorillas at the San Diego Zoo Safari Park in California, the United States, have tested positive for COVID-19, in the first known instance of natural transmission to great apes, zoo officials said on Monday.
Semoga syurga buatmu.. Takziah kpd keluarga arwah.. Innalillahiwainnailaihirojiun..semoga Allah tempat kan roh nya bersama roh-roh orang beriman...Aamiiiin...