Pastikan pejabat, kilang tiada 3C - Utusan Digital

Pastikan pejabat, kilang tiada 3C

24/7/2021 3:31:00 AM

Pastikan pejabat, kilang tiada 3C

Pastikan pejabat, kilang tiada 3C

STATISTIK Kementerian Kesihatan pada 19 Julai lalu, menunjukkan sebahagian besar daripada 31 kluster baharu Covid-19 yang dikesan pada tarikh berkenaan melibatkan tempat kerja.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 18 kluster berkait tempat kerja dikesan pada tarikh berkenaan manakala lapan adalah daripada penularan komuniti.

Bila kes kematian Covid-19 tertunggak selesai, Kit Siang soal Khairy | The Malaysian Insight No compromise over stand on gambling activities - PAS Youth Glove prices likely to be on downtrend

Sama juga dengan hari-hari sebelum itu apabila tempat kerja terus menjadi penyumbang utama yang mendominasi kewujudan kluster baharu.Situasi ini lebih membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan berjaya mengesan kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang berada dalam kategori varian membimbangkan (VOC). Virus jenis ini lebih ganas dan mudah merebak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Tidak hairanlah rakyat berasa kurang selesa setiap kali mendengar berita atau membaca dalam akhbar dan laman sosial berkenaan jangkitan Covid-19 di tempat kerja. Sebilangan pihak berpandangan, kluster tempat kerja ialah ‘lubuk’ yang menyebabkan jumlah jangkitan pandemik Covid-19 di dalam negara sehingga hari ini tidak menunjukkan sebarang trend penurunan ketara. headtopics.com

Dalam pada itu, kegagalan majikan dan pekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah punca muncul banyak kluster baharu di tempat kerja.Situasi ini bercanggah sama sekali dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mewajibkan majikan mengambil langkah keselamatan dan kesihatan yang digariskan termasuk mengurangkan risiko penularan pandemik.

Selain itu, majikan perlu mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak wujud sindrom 3C di tempat kerja. Ia merujuk kepada ruang pejabat dan kilang yang sesak (crowded places), tempat tertutup (confined spaces) dan berlaku perbualan secara rapat (close conversation).

Jangkitan pandemik Covid-19 akan kekal dalam kehidupan persekitaran kerja sama seperti penyakit-penyakit lain yang dialami pekerja saban tahun.Untuk mengawalnya daripada merebak, ruang pejabat dan kilang yang menampung 1.64 juta pekerja sektor awam dan 13 juta pekerja sektor swasta perlu dipastikan tidak mengalami sindrom 3C.

Read more: Utusan Online »

Radzi: 90.5% of teachers have received two doses of Covid-19 vaccine as of Sept 20

KUALA LUMPUR: The Education Ministry has revealed that a total of 90.5% of teachers nationwide have received two doses of the Covid-19 vaccine as of Sept 20, this year.

Tiada pelanggaran SOP solat sunat Aidiladha - Utusan DigitalKetua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, pemantauan yang dibuat mendapati semua jemaah yang hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kebun Musang King telah tiada, sebanyak 12,295 pokok hutan ditanam di HSK Batu Talam - Utusan DigitalKawasan ceroboh seluas lebih 101 hektar (ha) itu akan ditanam dengan kira-kira 20,000 pokok hutan selepas kerja menebang 15,000 pokok durian musang king 'haram' di situ selesai pada 12 Julai lalu.

JDT lancar token digital, eratkan hubungan kelab dan penyokong - Utusan Digital'Di samping mengumpul token berkenaan, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti d'corporate box', bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT'

Pertama Digital tingkat kepentingan dalam DAPAT Vista - Utusan DigitalPertama Digital tingkat kepentingan dalam DAPAT Vista

Ekonomi hadapi cabaran kekal momentum pemulihan - Utusan DigitalEkonomi hadapi cabaran kekal momentum pemulihan

Wartawan dirakam menipu kononnya bantu penduduk bersihkan kawasan banjir - Utusan Digitalwartawan itu dirakam menyapu lumpur pada muka dan bajunya sebelum bersiaran