KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan hari ini berkata orang Melayu terikut budaya dan pemikiran asing kerana kerajaan tidak mahu membawa agenda bangsa Melayu.
Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya berkata ketiadaan agenda bangsa yang khusus untuk orang Melayu menyebabkan kaum majoriti itu hilang jati diri, hinggakan mereka bimbang dianggap “rasis” atau “tidak Islamik” jika memperjuangkan nasib bangsa. “Orang Melayu dah tiada identiti yang mereka nak pegang, dan kepimpinan kerajaan tidak mahu bawa agenda ini,” katanya di satu forum sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau juga membidas peminggiran agenda Melayu oleh kerajaan sedia ada, mengatakan orang Melayu tidak perlu meminta maaf dalam memperjuangkan nasib bangsanya.Beliau disertai penganalisis politik Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, setiausaha politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman dan Exco Pemuda Umno, Afif Othman dalam forum 2 jam dihadiri kira-kira 1,000 hadirin.
Aminuddin menyeru kerajaan supaya mengangkat dan mempromosi sejarah sebagai salah satu agenda penting dalam pembangunan negara, seperti mana di Turki dan Barat.“Akhirnya, kita tak tahu siapa kita.”
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »