Kotabharu, Covid 19, 'Terowong', 'Kitar Semula', 'Pasar Raya', 'Kota Bharu', 'Koronavirus', 'Covid-19', 'Nyah Cemar', 'Spa Sanitizer', 'Ahmad Deraman', 'Terowong Pembasmi Kuman'

Kotabharu, Covid 19

'Nak masuk, lalu terowong dulu'

SEBUAH pasar raya tampil kreatif mewujudkan terowong nyah cemar buatan sendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pelanggannya.

9/4/2020 10:34:00 AM

kotabharu Sebuah pasar raya tampil kreatif mewujudkan terowong nyah cemar buatan sendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid19 kepada pelanggannya

SEBUAH pasar raya tampil kreatif mewujudkan terowong nyah cemar buatan sendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pelanggannya.

Pemiliknya, Ahmad Deraman, 53, berkata, terowong pembasmi kuman itu mula digunakan hari ini sehingga berakhir pandemik Covid-19.Menurutnya, idea itu muncul selepas khuatir melihat pasar rayanya yang dikunjungi 300 hingga 400 pelanggan setiap hari.“Kita sudah mengikut peraturan seperti menyediakan tempat basuh tangan dan penjarakan sosial kepada pelanggan tetapi dengan adanya semburan begini, kita berasa lebih selamat untuk elak jangkitan Covid-19.

Authenticity of 'Arab donation' not relevant, key is Najib's belief - Defence Mangsa puding buih pertama meninggal Johor Sultan issues warning to dissolve state assembly if power grabbing continues

“Sebelum masuk ke pasar raya, setiap pelanggan perlu masuk melaluinya yang berbentuk kotak ini dan ‘disembur’ cecair pembasmi kuman dan antiseptik selama tujuh saat, mereka perlu berpusing depan dan belakang bagi memastikan semburan semaksima mungkin mengenai bahagian kepala dan seluruh tubuh dan badan,” katanya ketika ditemui di pasar raya itu hari ini.

Ahmad berkata, alat itu dicipta lima sahabat yang berkemahiran dalam bidang teknikal bermodalkan RM500 dengan penggunaan bahan kitar semula seperti paip PVC, jaring perangkap kalis air, penyembur air dan pam.Katanya, alat itu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai dan setiap pelanggan wajib melaluinya sebelum membuat pembelian.

“Ini adalah inisiatif kami bagi mengurangkan risiko jangkitan khususnya di tempat awam dan meyakinkan pelanggan tahap keselamatan mereka terjamin ketika membeli-belah,” katanya yang mengusahakan pasar raya itu sejak 20 tahun lalu.Ketua projek pembuatan terowong nyah cemar itu, Wan Zuhari Wan Ismail, 41, berkata, reka bentuk dan fungsi terowong berkenaan adalah inovasinya sendiri dan empat rakan sebagai sukarelawan sebuah institusi pengajian awam di negeri itu.

Menurutnya, dia dan rakannya, Mat Yassin Ismail, 51; Mohd Azri Abdul Ghani, 47; Fathuddin Aizat Che Mohd Ariff, 35, dan Raja Rozake Raja Daud, 39, mengambil masa dua hari untuk menyiapkan alat berkenaan.“Bagi alat ini, kita sediakan satu tong mengandungi 20 liter campuran air bersih dan air pembasmi kuman dengan nisbah 1:3,” katanya.

Beliau berkata, untuk satu tong dianggarkan mampu bertahan sehingga sejam dan membuat semburan sekurang-kurangnya untuk 540 orang.Katanya, alat itu beroperasi secara manual dan memerlukan seorang pekerja menekan suis penyembur dan menambah cecair pembasmi kuman bergantung pada kehadiran pelanggan ke pasar raya itu yang beroperasi dari 9 pagi hingga 7 petang.

Sementara itu, salah seorang pelanggan, Irphan Abdul Aziz berkata, dia memuji usaha pencegahan Covid-19 yang dilakukan pasar raya berkenaan.“Walaupun kes Covid-19 di negeri ini tak banyak tetapi dengan langkah pencegahan begini kita dapat menangani wabak dengan lebih cepat, malah saya sarankan lebih banyak pasar raya dan kawasan tumpuan ramai mengambil inisiatif sama supaya orang ramai berasa lebih selamat,” katanya.

Bieber dan Hailey malu dengan isu perkauman di AS Penduduk Taman Langat Murni, Langat Utama akan jalani saringan Covid-19 Pasar malam percubaan dibuka Jumaat ini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 3:26 PM Read more: Harian Metro »

Tiada permit, makanan haiwan dirampasBAHAN makanan tambahan haiwan bernilai RM200,000 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor, Isnin lalu, selepas dipercayai cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import yang sah.

Rafidah bidas kerajaan pecat lantikan dalam GLC, badan berkanun | The Malaysian InsightRafidah berkata pemecatan mereka dengan alasan “lantikan politik” tidak masuk akal. 😂 dah nama lantikan politik 😆 hannahyeoh Alasannya ialah lantikan politik la. Apa yg susah nak faham. PH pun buat perkara sama. LOL hannahyeoh Muncul balik? 😖😖😖

Kerajaan kenal pasti penempatan warga asing, kekang penularan Covid-19 | The Malaysian InsightLokasi yang berpotensi menjadi lorong tikus juga akan diawasi bagi mengekang keluar masuk pendatang asing.

'Lauk dah habis'“HANYA tinggal dua ekor ikan selayang untuk makan kami malam ini, esok lusa tak tahu mana lagi nak cari,” luah Emilia Abdullah dari Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu. Allahu... masyarakat setmpt tolong tngk Kan mana² org yg perlu dibantu. Hari ni kita tolong org,esok² org tolong Kita pulak Banyak belanja bila ada ahli keluarga yg sakit ni... Allahu Akbar Ada no acc makcik nie tak ?

Sabah mula laksana 5% cukai jualan ke atas produk petroleumKerajaan negeri berkata, keputusan itu dibuat bulan lalu dengan mendapat respons baik daripada syarikat minyak. FMTNews ShafieApdal

Menteri wilayah perkenal 3 kaedah jual juadah selepas batal bazar RamadanWilayah Persekutuan memperkenalkan kaedah pandu lalu, tempahan awal, bungkus dan ambil serta penghantaran ‘e-hailing’. FMTNews DBKL