KUALA LUMPUR : Penyanyi rap yang sohor dengan kumpulan KClique, MK,25, mengaku sehingga kini masih belum bersedia berkongsi perihal peribadi apalagi membabitkan soal cinta atau urusan hasrat berumah tangga dengan mana-mana wanita.
“Saya nak kumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang saya sayang terlebih dahulu. Keluarga di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik Covid-19,” katanya. “Cukup untuk saya katakan, buat masa sekarang, saya sedang dalam proses memperbaiki diri. Orang-orang sekeliling yang rapat dengan saya semua saya jaga perasaan mereka.
Dalam pada itu, MK juga mengulas pandangan warganet mengenai gaya dan percubaannya dalam bidang lakonan menerusi drama berjudul The Hotel yang disifatkan masih kaku atau ‘kayu’. “Bagi saya, langkah perlahan-lahan itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya sekarang dah ada pengalaman. Kayu atau apa, nanti lama-lama keluarlah bunga, keluarlah daun,”katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.