Menongkah tohmah - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 115 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 49%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Menongkah tohmah

Titis-titis embun bagaikan mutiara berguguran masIh membasahi pusara yang masih merah. Titis-titis itu adalah airmata yang membasahi nuraninya.Semuanya berlaku terlalu cepat. Sekelip mata sehingga sukar untuk dipercaya. Sehingga kini setelah seminggu pemergian ayahanda terasa bagaikan semuanya masih dalam mimpi. Ayah, hidupmu dalam keterasingan, pergimu jua dalam keterasingan.

Ayah Dr. Emma seorang pesakit skizofrenia kronik serta mengalami beberapa komorbiditi seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, namun keadaannya selalu terkawal kerana ayah tidak culas mengambil ubatan. Meskipun berusia 75 tahun, ayah secara relatif masih sihat. Ibu pula masih relatif muda, mengalami asthma dan penyakit darah tinggi namun mampu bergerak aktif untuk menguruskan ayah.

Puas Dr. Emma cuba menjelaskan mengenai vaksin mengikut ilmu pengetahuannya sebagai pakar perubatan serta kepentingan vaksinasi kepada warga emas dan orang yang mempunyai komorbiditi, tetapi tetap gagal meyakinkan sebahagian adik beradiknya yang tidak mahu divaksin. Sudahlah begitu, tidak juga dibenarkan ayah ibu mengambil vaksin walaupun ia berpotensi menyelamatkan nyawa mereka. Hidup atau mati, itu urusan Allah, begitu tegas Fatah.

Fatah terang-terangan menyatakan kesangsiannya kepada jentera penjawat awam, dan sering melabelkan mereka sebagai kelompok pendusta yang kononnya sedang bersedia membuat persiapan untuk menyambut raja segala pendusta, berkemungkinan dajal yang dimaksudkan Fatah. Dr. Emma cuba bertanya Fatah, dari mana sumber maklumat yang tidak berasas itu, tapi Fatah enggan memberitahu dengan alasan takut dituduh penghasut. Adiknya, Cikgu Alina juga enggan divaksinasi. Malahan adiknya ini mengugut sekiranya berlaku apa-apa ke atas ayah dan ibu selepas divaksin, mereka mungkin menyesal kerana membuat keputusan yang salah.

Ayah sebagai penghidap skizofrenia, selalunya ahli keluarga mengikut saja kehendaknya kerana jika dibantah, ayah akan mengamuk. Dr. Emma pada waktu itu, dek terlalu kecewa dengan keengganan ahli keluarganya, bertindak menjauhkan diri dengan keluar dari kumpulan komunikasi keluarga, maka perkembangan ayah hilang sedikit dari radar, hanya bertanya khabar melalui Mimi yang kebetulan berada di kampung.

Pemergian ayah meninggalkan kekosongan yang mendalam dalam jiwa. Perginya bagaikan begitu sahaja, tiada ucapan selamat tinggal, tiada pesanan terakhir dan tiada pelukan kucupan terakhir, hanya mampu melihat secara maya. Saat pengebumian juga, ahli keluarga hanya mampu melihat dari jauh, hanya seorang adik lelaki yang berpakaian pelindung diri lengkap dibenarkan terlibat dalam proses solat jenazah dan pengebumian.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Utusan Malaysia, Kosmo raih sembilan anugerah media Terengganu - Utusan DigitalEnam petugas Media Mulia Sdn. Bhd. meraih sembilan anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu yang dianjurkan kerajaan negeri, malam tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kesesakan lalu lintas di Ipoh dijangka berakhir Jun 2023 - Utusan DigitalBerpunca daripada kerja menaik taraf pembentungan di sekitar Ipoh.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

RM400,000 kepada semua DUN, Amirudin ‘gentleman’ - Rizam - Utusan Digital'Sebelum ini, kami turut menerima peruntukan RM400,000 daripada kerajaan Pusat melalui Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Harapnya kerajaan negeri kekal sifat ukhuwah seperti ini.' potong peruntukan agensi pelaksana topup kat AP dan Adun
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Anis Nabilah terima anugerah Platinum - Utusan DigitalAnis Nabilah terima anugerah Platinum Aurat oii walaun ada😊
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kempen kesedaran penipuan dalam talian diperkasa - Utusan DigitalWalaupun sering dilakukan pendedahan, kes membabitkan penipuan dalam talian masih meningkat dan ia menunjukkan kadar kesedaran masyarakat berhubung jenayah sedemikian belum menyeluruh.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PRN Sarawak: Bersatu beri laluan kepada GPS - Utusan Digital“Walaupun kita ada tempat tertentu yang parti percaya kita boleh menang, tetapi pandangan daripada pihak GPS perlu dihormati.'
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »