Maut kereta dihempap lori simen

Maut kereta dihempap lori simen

22/1/2022 4:15:00 PM

Dalam kejadian pada pukul 4.10 petang itu mangsa, Roslina Anat Lat, 47, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan kaki.

Maut kereta dihempap lori simen

Dalam kejadian pada pukul 4.10 petang itu mangsa, Roslina Anat Lat, 47, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan kaki.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sebelum nahas, lori muatan simen dipandu seorang lelaki itu datang dari arah Jalan Sri Cemerlang menuju ke persimpangan tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, pemandu terbabit mendapati brek lorinya tidak berfungsi dan untuk mengelak kenderaan dipandu merempuh kereta lain di hadapan, dia segera menukar laluan dengan membelok ke kiri jalan.“Semasa membelok, lori itu terbalik lalu menghempap kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat. Mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Read more: Utusan Malaysia »

Chicken expected to cost more when ceiling price is removed on July 1

PUTRAJAYA: The price of chicken is expected to go up to around RM10 per kg after July 1 when its ceiling price is removed, says Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Read more >>

5 kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah dalam tempoh seminggu | Harian MetroKota Kinabalu: Satu lagi kluster Covid-19 berkaitan jangkitan dalam institusi pendidikan dilaporkan di Sabah hari ini, iaitu yang kelima dilaporkan dalam tempoh seminggu sejak Ahad lalu.

Teruja kembali beraksi dalam tarian singaSepanjang tempoh dua tahun ini, dia banyak melihat dan belajar mengenai tarian singa menerusi laman youtube.

Malaysia gembira Maimunah dilantik sekali lagi dalam UN-HabitatMalaysia gembira Maimunah dilantik sekali lagi dalam UN-Habitat

Pemandu maut, van langgar pokok'Kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

51 kluster pendidikan dalam tempoh 6 hari | Harian MetroKuala Lumpur: Sebanyak 51 kluster atau 66.2 peratus daripada 77 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 20 Januari 2022) membabitkan institusi pendidikan.

Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunciPasukan paramedik yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

KOTA BHARU: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dihempap sebuah lori muatan simen yang terbabas ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 4.10 petang itu mangsa, Roslina Anat Lat, 47, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan kaki. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sebelum nahas, lori muatan simen dipandu seorang lelaki itu datang dari arah Jalan Sri Cemerlang menuju ke persimpangan tersebut. Bagaimanapun kata beliau, pemandu terbabit mendapati brek lorinya tidak berfungsi dan untuk mengelak kenderaan dipandu merempuh kereta lain di hadapan, dia segera menukar laluan dengan membelok ke kiri jalan. “Semasa membelok, lori itu terbalik lalu menghempap kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat. Mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi. “Sebuah kereta Honda Civic di belakang kereta mangsa turut dihempap lori itu, namun pemandunya seorang lelaki berusia 58 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Suhaimi berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak punca nahas adalah disebabkan kecuaian pemandu lori yang gagal memastikan brek kenderaan dipandunya berfungsi dengan baik. “Ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori itu bagaimanapun mendapati dia negatif dadah,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE