'MasyaAllah...semoga Husnul Khotimah'

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kluang “Subuh berjemaah bersama anak Tahfiz al-Mukhlisin. Selesai solat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, Jalaludin Borhan dijemput Ilahi.'

Kisah itu dikongsi seorang lelaki dikenali Muhd Abdul Rahman di Facebooknya mengenai seorang lelaki, Jalaludin Borhan yang disahkan meninggal dunia ketika solat berjemaah di surau itu.“Subuh berjemaah bersama anak Tahfiz al-Mukhlisin. Selesai solat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, Jalaludin Borhan dijemput Ilahi.

“Husnul Khotimah. Pengakhiran yang kita semua idamkan. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud kemudian rebah dan mata ini melihat kebesaran Ya Allah,” katanya. Perkongsian Muhd Abdul Rahman dikongsi lebih 500 pelayar Facebook dan menerima 448 komen daripada netizen selepas dimuat naik pada jam 9.34 pagi, semalam.“Cik Jalal, awal pagi ke surau sebelum dibalas arwah ‘nak ke pasar lepas ni ustaz, terus pergi je’. Senyum arwah terkenang sehingga sekarang.

“Tengah azan arwah masuk ke dalam surau dan bersandar ke dinding selepas solat sunat yang tengah menanti iqamat. Arwah menyapa ‘ustaz, sini, sini sebelah saya, apa apa jadi senang’ dan ketawa kecil kami,” tulisnya.“Arwah sujud memohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun daripada sujud, arwah urut dada kembali kemudian rebah.

“Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham. Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir arwah adalah ‘Allah’ sebelum pergi meninggalkan kita.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:22 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Alfatihah...

Aminnnn

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.