Maqis sita kayu dari Australia - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 46 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kayu yang diimport dari Australia yang dimuatkan di dalam dua buah kontena itu disita ketika pemeriksaan rutin Maqis negeri di NBCT pukul 4.30 petang.

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia negeri berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 59.17 meter kubik kayu jenis tasmanian oak timber di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara , di sini Jumaat lalu.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, muatan kayu bernilai RM361,769 itu disita bagi siasatan lanjut selepas didapati gagal mematuhi syarat import yang dinyatakan pada permit import yang diluluskan Maqis. “Kegagalan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan pada syarat permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15 Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Noriah, Maqis negeri sentiasa bersedia melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.