PEKAN: Kemalangan membabitkan pertembungan dua buah kenderaan mengakibatkan seorang daripada lima mangsa terlibat meninggal dunia di Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam.Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, empat lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.“Komander operasi melaporkan kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Mazda.
“Laporan awal yang diperoleh, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah dan merupakan penumpang daripada Perodua Myvi. “Dengan menggunakan kekuatan anggota bomba dan penyelamat seramai 15 orang daripada Balai Bomba Pekan, operasi mengeluarkan semua mangsa berjaya dengan menggunakan rescue power unit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Zulfadli berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan untuk menerima rawatan di hospital. Tambahnya lagi, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. –UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »