Malaysia mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja - Utusan Digital

Malaysia mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja

27/11/2021 3:01:00 PM

Tahniah Malaysia! Pencapaian terbaik negara dalam Piala Remaja Dunia adalah menamatkan kempen di tangga keempat pada 2013.

Malaysia mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja

Selepas menumpaskan Chile 2-1 dan seri 1-1 dengan Belgium dalam dua aksi pembukaan, kemenangan ke atas Afrika Selatan membolehkan Malaysia menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengutip tujuh mata.Sama ada Malaysia akan mara selaku juara kumpulan atau naib juara bergantung kepada keputusan perlawanan Belgium-Chile yang berlangsung selepas ini.

Naib juara 2016, Belgium yang mengekori di tangga kedua dengan empat mata akan muncul juara jika mengalahkan Chile.Sekiranya muncul naib juara, Malaysia akan menentang juara Kumpulan B, Perancis yang menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat di suku akhir.

Dalam aksi hari ini, Muhammad Fahmi Khalid menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-29 untuk Malaysia mendahului 1-0.Afrika Selatan bagaimanapun menyamakan kedudukan juga menerusi pukulan sudut penalti Guy Morgan pada minit ke-34, sebelum Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin kembali meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-41. headtopics.com

Britain says there’s ‘a deal to be done’ on N. Ireland protocol | Malay Mail

Perlawanan semakin sengit apabila Afrika Selatan sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Jared Campbell pada minit ke-48.Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Shamir Rizmi Mohd. Shamsul menyumbang gol ketiga Malaysia di minit ke-49, sebelum Afrika Selatan bangkit menyamakan kedudukan buat kali ketiga menerusi gol Campbell pada minit ke-54.

Mohamad Akhimullah Anuar akhirnya mengesahkan kemenangan skuad bimbingan Wallace Tan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56.

Read more: Utusan Malaysia »

Malaysians pray for Dr Mahathir's recovery, PM arrives at IJN [NSTTV] | New Straits Times

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob arrived at the National Heart Institute (IJN) at 5.30pm in a white Toyota Vellfire accompanied by a motorcade. Read more >>