Malaysia gembira Maimunah dilantik sekali lagi dalam UN-Habitat

22/1/2022 8:46:00 AM

Sekali lagi pengiktirafan dunia ke atas rakyat negara ini.

Sekali lagi pengiktirafan dunia ke atas rakyat negara ini.

Malaysia gembira Maimunah dilantik sekali lagi dalam UN-Habitat

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau bagi pihak kerajaan begitu gembira dengan berita positif itu sekali gus menunjukkan pengiktirafan dunia ke atas rakyat negara ini.“Malaysia menyambut amat baik pelantikan semula beliau sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat),” jelasnya lagi menerusi kenyataan hari ini.

Kelmarin media antarabangsa melaporkan buat julung kali jawatan itu disambung lagi oleh penyandangnya dan diluluskan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.Bahkan, pelantikan semula Maimunah, 60, dibuat atas perakuan oleh Setiausaha Agung PBB sendiri, Antonio Guterres selepas tempoh penggalnya itu berakhir secara rasmi pada Rabu lalu.

Read more: Utusan Malaysia »