Malaysia fokus pelaburan teknologi tinggi, ESG - Utusan Digital

Malaysia fokus pelaburan teknologi tinggi, ESG

15/10/2021 7:16:00 AM

Malaysia fokus pelaburan teknologi tinggi, ESG

Malaysia fokus pelaburan teknologi tinggi, ESG

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan yang disasarkan itu juga haruslah tertumpu kepada nilai kemampanan jangka panjang yang selari dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Dr M ‘put a stop’ on Guan Eng’s advisor, claims report Relevant evidence already tendered in Najib’s RM42m SRC trial - DPP Harimau Malaya baham Kemboja - Utusan Digital

Kata beliau, seperti yang diterapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), keutamaan tertentu diberikan kepada elemen ESG untuk lesen baharu operasi perniagaan memandangkan permintaan yang meningkat dari pihak pengguna dan pelabur.“ESG menetapkan bagaimana perniagaan boleh menjadi pemangkin untuk menangani perubahan iklim, serta cabaran dan peluang yang dibawa perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Invest Malaysia 2021 yang diadakan secara maya semalam.Menurut Mohamed Azmin, Malaysia juga akan terus memperkukuh asas ekonominya melalui pelaksanaan polisi perdagangan dan pelaburan yang terbuka, telus dan mesra perniagaan. headtopics.com

Kata beliau, ia termasuk dengan usaha berterusan untuk meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Kerjasama Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).“Perjanjian ini menggerakkan kemajuan beberapa objektif utama dalam Aspirasi Pelaburan Kebangsaan (NIA). Contohnya, Agenda Transformasi Digital ASEAN membolehkan komitmen Malaysia untuk menerapkan elemen ekonomi digital komprehensif dalam penyusunan perdagangan antarabangsa yang akan meningkatkan kestabilan, mengurangkan risiko dan menurunkan kos pematuhan.

“Tambahan lagi, langkah integratif ini akan membantu ke arah peningkatan ketahanan rantaian bekalan yang penting untuk Malaysia, yang ekonominya bergantung secara substantif kepada kerancakan perdagangan antarabangsa,” katanya.Sementara itu, menurut Mohamed Azmin,jumlah keseluruhan perdagangan pada Ogos lalu meningkat dengan eksport berkembang 18.4 peratus untuk mencapai jumlah RM95.6 bilion dan jumlah perdagangan meningkat 15.7 peratus kepada RM169.8 bilion.

Sejak Februari lalu juga, kata beliau, jumlah perdagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk tujuh bulan berturut-turut. Read more: Utusan Online »

Malaysia-Indonesia MoU on foreign workers to be finalised in 2022, says Awang Hashim

KUALA LUMPUR: The memorandum of understanding (MoU) on the recruitment and protection of Indonesian domestic workers is expected to be finalised by early of next year, says Datuk Awang Hashim.