Mahmoud Abbas umum tarikh pilihan raya Palestin - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Mahmoud Abbas umum tarikh pilihan raya Palestin

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan tarikh untuk mengadakan pilihan raya negara pada tahun ini.Pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 22 Mei manakala pemilihan Presiden pula pada 31 Julai depan.

Parti Fatah yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin berpangkalan di Tebing Barat dan gerakan Hamas yang memegang pentadbiran di Gaza, sejak lama lagi menunjukkan minat untuk mengadakan pilihan raya di Palestin. Persaingan lama antara kedua-dua gerakan utama Palestin itu dilihat sebagai punca menghalang perkembangan ke arah untuk mengadakan pilihan raya baharu.

Namun, Fatah dan Hamas terlibat dalam rundingan perpaduan dan mencapai persetujuan secara dasarnya pada September tahun lalu untuk mengadakan pilihan raya pada 2021. Dalam pada itu, Mahmoud Abbas menerusi kenyataan memaklumkan beliau menjangkakan pengundian akan diadakan di semua wilayah pemerintahan Palestin termasuk timur Baitulmuqaddis. – AFP

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.