Ini kali keempat berturut-turut Liverpool gagal melakar kemenangan liga, sekali gus jatuh ke tangga ketika manakala United kekal menerajui carta.
Liverpool, United buntu di Anfield
Trio serangan ampuh The Reds, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino juga gagal meledak gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut.Keputusan seri menyaksikan United terus menerajui liga dengan kelebihan dua mata, manakala Liverpool jatuh ke tangga ketiga selepas dipintas oleh Leicester City yang menumpaskan Southampton 2-0 semalam.
Beraksi tanpa bek tengah yang semuanya cedera memaksa Jurgen Klopp meletakkan kapten, Jordan Henderson bergandingan dengan Fabinho mengetuai pertahanan Liverpool.Pada ketika benteng Reds tampak meyakinkan, jentera serangan mereka sebaliknya terus tumpul untuk merobek gawang lawan biarpun tuan rumah berjaya menguasai permainan.
Ketika permainan berbaki 15 minit, United yang agak tenggelam dalam sebahagian besar perlawanan memperoleh dua peluang keemasan, termasuk menerusi rembatan Paul Pogba. Read more: Utusan Online »
Free Covid-19 vaccines: We will not be safe until everyone is safe, says Khairy
KUALA LUMPUR (Bernama): Malaysia will only be safe from the Covid-19 pandemic if everyone, including foreign citizens living here, receives the vaccines, says Khairy Jamaluddin.
Apa bends ayat macam ni? Ke aku Yang lemah Bahasa melayu? tangga apa