Lelaki maut lepas kereta langgar tiang projek SUKE

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 26 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur : Lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandu melanggar tiang projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran stesen minyak di Bandar Tun Razak di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai apabila dua kereta, Perodua Viva dan Proton Persona bergesel lalu terbabas dan melanggar tembok.Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur Mohd Fakhrulsyakia Mamat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.02 pagi.

Susulan itu katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bersama dengan kekuatan tujuh orang anggota dikejarkan ke lokasi. Menurutnya, setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang projek pembinaan di lebih raya SUKE sebelum terbakar."Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik," katanya dalam kenyataan, hari ini .Operasi tamat sepenuhnya pada 6.28 pagi.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

laluan panas. jaga2 lalu sini

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.