GERIK: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok dalam kejadian berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Batu Dua di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan enam anggota dan tiga jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat kejadian itu. Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Pengkalan Hulu menghala ke Gerik. “Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan anggota memberi rawatan awal sebelum dia dihantar ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan .
“Anggota bomba kemudian membantu memotong pokok dengan menggunakan satu unit gergaji berantai serta dua bilah parang untuk kerja-kerja pembersihan di tempat kejadian dan memastikan keadaan sekeliling selamat,” katanya di sini hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »