Lelaki Bangladesh sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

batukawan Lelaki warga Bangladesh yang memandu tanpa lesen hingga menyebabkan seorang wanita terbunuh dalam kemalangan di Jalan Baru, Batu Kawan, malam tadi, direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja kontrak ditahan sejurus kemalangan itu berlaku.

"Dalam kemalangan jam 10.45 malam tadi, seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta dinaiki warga asing berkenaan hingga menyebabkan dia tercampak ke bawah jambatan. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki itu yang dalam perjalanan dari arah Ikea ke Bukit Tambun dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

"Pada masa sama terdapat seorang penunggang motosikal wanita melalui jalan terbabit lalu menyebabkan berlakunya pertembungan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mangsa, Siti Khadijah Abdul Razab, 21, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan disahkan maut di lokasi kejadian.Orang awam yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan memandangkan tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 4:48 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lelaki bunuh kucing direman 4 hariKualaLumpur Lelaki berusia 30-an yang membunuh tiga ekor kucing secara kejam dengan 'dilemaskan' dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong semalam sudah direman empat hari.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

6 lelaki fail rayuan hukuman mati bunuh Kevin MoraisPAKAR patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemui dalam tong dram berisi konkrit, lima tahun lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Pulang parti, lelaki maut akibat Covid-19New York: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) maut akibat Covid-19 selepas menghadiri parti dihoskan oleh seorang individu yang dijangkiti virus itu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Lelaki anggap koronavirus satu penipuan maut selepas ke parti Covid-19Lelaki berusia 30 tahun itu merasakan dirinya muda, kuat dan tidak akan dijangkiti virus berkenaan. FMTNews Covid19
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Lelaki bunuh 3 kucing dalam mesin basuh di kedai dobiSeorang wanita yang ke kedai dobi layan diri di Kepong untuk membasuh baju, menemui 3 ekor kucing mati di dalam 3 mesin basuh berasingan. FMTNews BunuhKucing
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Polis cari lelaki disyaki rogol, lacurkan anakIbu saudara mangsa melaporkan perbuatan keji suspek itu kepada polis kelmarin selepas mengetahui perkara itu awal bulan ini. FMTNews Kajang
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »