Lebih 700,000 petugas kesihatan Turki terima suntikan vaksin Covid-19

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kempen menggunakan vaksin CoronaVac yang dihasilkan syarikat Sinovac Biotech China itu bermula Khamis lepas. FMTNews Turki Vaksin

Selepas lebih sejuta petugas kesihatan di Turki menerima suntikan vaksin Covid-19, ia akan diperluaskan kepada penduduk dan pekerja di rumah penjagaan warga emas dan orang kurang upaya.

ANKARA: Lebih 700,000 petugas penjagaan kesihatan di Turki menerima dos pertama vaksin Covid-19 dalam tempoh empat hari pertama kempen vaksinasi, kata Kementerian Kesihatan, lapor agensi Anadolu. Kempen menggunakan vaksin CoronaVac yang dihasilkan syarikat Sinovac Biotech China itu bermula pada Khamis.

Selepas lebih sejuta petugas kesihatan di Turki menerima suntikan masing-masing, ia akan diperluaskan pula kepada penduduk dan pekerja di rumah penjagaan warga emas dan orang kurang upaya.Kumpulan pertama dari tiga juta dos vaksin tiba di Turki pada 30 Dis lepas.Turki melaksanakan perintah berkurung pada malam dan hujung minggu sejak bulan lalu.

Awal minggu ini, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan sekatan akan dilonggarkan secara bertahap memandangkan penurunan ketara kes Covid-19 baru-baru ini.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.