Laporan Al Jazeera tidak benar

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kotatinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan saluran berita antarabangsa, Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pendemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata laporan dokumentari itu tidak benar kerana kerajaan sedaya upaya menyelamatkan negara daripada penularan Covid-19.

Menurutnya, langkah saringan yang dijalankan adalah tindakan bagi mengawal penularan wabak itu daripada terus menjangkiti orang lain."Menyelamatkan warganegara atau bukan warganegara adalah tindakan di bawah Akta 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu menangani wabak Covid-19.

"Apa yang kita buat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ialah perlu memastikan semua yang dikesan , disaringkan dan diasingkan," katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelitup Muka serta Sabun Antiseptik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, di Kota Tinggi, hari ini."Kita perlu perbetulkan dakwaan ini. Kerajaan melalui Menteri Kanan , Datuk Seri Ismail Sabri perlu membetulkan dakwaan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dokumentari Al Jazeera yang bertajuk"Locked Up in Malaysia's Lockdown" berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Warga emas ditahan bantu siasatan kes rogol anak kandung | The Malaysian InsightLelaki berusia 65 tahun itu ditahan pada Jumaat lepas susulan laporan polis yang dibuat oleh isterinya.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Sabah tak bincang dengan Putrajaya benar pekerja China masuk, kata menteri | The Malaysian InsightKerajaan masih tutup pintu negara kepada pekerja warga asing, kecuali ekspatriat kategori EP1 yang tertakluk kepada SOP ditetapkan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

SuperKIP tak dapat berlepas ke SepanyolIMPIAN Khairul Idham Pawi atau SuperKIP untuk berlepas ke Sepanyol dalam misi beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan berlepas mengikut jadual.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Patung Francis Light disimbat cat mungkin akibat protes, kata polisPolis tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati terhadap beberapa tokoh asing semasa perang dunia pertama yang mengamalkan sistem hamba serta kolonial. FMTNews KaptenFrancisLight
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

'Saya panggil abah, tapi abah tak menyahut'Lumut Anak warga emas yang meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika mandi di Pantai Pantai Teluk Batik, semalam melihat ayahnya tercungap-cungap sebelum menarik nafas panjang dan terus tidak sedarkan diri.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Kebiasaan baru undi lebih pantas, mesra OKU, kata pengundi PRK ChiniPengundi di PKR China berkata, kebiasaan baru itu tidak membebankan, sebaliknya lebih memudahkan mereka mengundi. FMTNews SharimMdZain DUN
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »